Nasihat bekas Presiden “Kayveas, letak jawatan atau keluar BN”


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA :Penasihat Parti Progresif Penduduk (PPP), bekas senator S.I. Rajah berkata, Presiden parti itu, Datuk M. Kayveas mempunyai dua pilihan yang boleh diambil oleh beliau ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

“Pertama beliau (Kayveas) boleh meletakkan jawatan sebagai Presiden parti atau membawa parti itu keluar BN,” kata beliau dalam kenyataan kepada mStar Online sebentar tadi.

Beliau yang juga bekas presiden parti secara peribadi berpendapat selaku Presiden parti, Kayveas sepatutnya mendapatkan konsensus dan sokongan dengan mengadakan referendum di kalangan ahli peringkat akar umbi, tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Tambah Rajah, sebagai Penasihat parti itu beliau telah bertemu dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Setiausaha Agung BN pagi tadi di Parlimen.

Dalam perbincangan tersebut, beliau telah memberi jaminan PPP tidak akan meninggalkan BN.

Semalam, Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, PPP bebas membuat pilihan untuk keluar BN.

“Jika itu pilihan mereka, apa yang kami boleh buat?” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Tegas Abdullah, kerajaan tiada perancangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kayveas tidak hadir pada mesyuarat semalam dan hanya menghantar wakil.

PPP telah mendesak supaya ISA dipinda sebelum pilihan raya umum ke-13 ataupun parti itu akan keluar BN.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau secara peribadi menyokong penuh tindakan Pengerusi BN semalam.

“Mana boleh asyik mendesak BN hapuskan ISA, bukan di Malaysia sahaja, di Amerika dan Singapura pun ada ISA,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Jelas beliau, ISA digubal kerana ingin melindungi negara daripada ancaman musuh dan ia tidak boleh dihapuskan secara sesuka hati. – mStar

Posted on 10 Disember 2008, in Politik and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: