PKR – Alternatif terbaik untu Kaum Cina dan India


Salam Perjuangan…

Satu hari dalam tahun 2007 saya berada di Pasaman Sumatra Barat melawat sepupu ayah (orang rao atau rawa)yang tak pernah saya jumpa. Dalam perjalanan kerumah beliau saya terserempak dengan kemalangan seekor anjing yang dilanggar sebuah mobil. Seorang hamba Allah berniat baik cuba membawa anjing tersebut ketepi jalan tapi anjing yang sedang nazak itu berlaku garang dan cuba menggigit pemuda ini. BN yang ada hari ini samalah dengan anjing ini walau pun dan nak mampus tapi masih ingin menunjuk garangnya. Pak lLah dengan nada yang sombong meminta PPP berambus dari BN kerana ISA tidak akan dibuang ketong sampah. ISA adalah senjata keramat yang ingin disimpan hingga ke liang lahat dan mungkin boleh diguna dialam kubur kelak.

Begitulah bongkaknya BN sehingga kehari ini. Walau pun telah kehilangan 5 negeri BN tetap mempertahankan keangkuhannya hingga ketitisan darah terakhir tapi BN tak tau dalam PRU13 nanti kematian BN bukan dibunuh dengan pisau atau senapang yang akan menitiskan darah tapi BN akan diletupkan seperti Altantuya yang akan berterabur isi anggotanya dan tidak dapat dikesan. Itulah nasib yang akan menimpa BN dan pemimpin2nya boleh disimpan dalam museum untuk tatapan anak cucu kita dimasa hadapan.

Mengapa Pak Lah perlu mengeluarkan kata2 sedemikian. Selama ini PPP kalau pun tak menjadi tunjang tapi menjadi penyokong setia BN. PPP yang kebanyakannya dianggotai oleh kaum India sudah tentu terasa BN tidak lagi memerlukan sokongan mereka. Apa lagi ditunggu kawan banyak alternatif lain. DAP ada PKR pun ada tapi PAS tak bolehlah kerana parti ini hanya untuk orang islam saja tapi kalau nak masuk kelab penyokong tu bolehlah. Itu pun kalau nak jadi penonton sahaja dengan mengharapkan belas ehsan PAS yang sekadar boleh dilantik jadi ahlimajlis atau ketua kampong. Nak jadi calon tak tau la boleh tak boleh. Itu kena Tanya Haji Hadi. Alternatif yang terbaik adalah menjadi ahli PKR yang merperjuangkan semua kaum. Janji ini tidak dimungkiri oleh PKR. Tengok saja pemimpin2 dalam PKR nasional. Pada hari kongres tempoh hari kita boleh lihat semua kaum duduk sebaris sebagai barisan pimpinan PKR. Kalau pun Malaysia kelak diperintah oleh PKR, PMnya sudah tentulah DS Anuar dan timbalannya tentu ada 3, seorang dari setiap bangsa. Bayangkan bolehkan BN atau PAS memberikan peluang ini.

Malam tadi saya sempat berbual dengan ADUN Sidam. Beliau adalah pejuang politik berbagai kaum sejak zaman Parti Buruh lagi. Tidak langsung nampak semangat perkaumannya. Mengikut beliau kalau nak berjuang kita mesti berani. Itu kata2 semangat yang diberikan. Masyarakat India sekarang mesti berani berubah. Mesti berani meludah BN. PPP patut merasa malu walau pun ingin terus bersama BN selama seminggu lagi. Kalau ikut kata2 orang tua2 PPP dihalau macam anjing buruk kepala. Ini lah masa yang sesuai untuk PPP mengucapkan bye bye kepada BN.

Itu kepada kaum India dan kepada kaum Cina dalam MCA atau Gerakan janganlah nanti nasib yang sama menimpa parti2 itu dihalau oleh UMNO. Maruah masih ada dan maruah mesti dipertahankan. Jangan jadi anjing buruk kepala. Saya kira pintu PKR sentiasa terbuka untuk kaum Cina dalam MCA atau Gerakan menukar kapal dan menaikkan bendera PKR kerana kapal BN telah separuh karam dan tak mungkin dapat diselamatkan. Saya tidak nampak sebarang kerugian jika kaum Cina menganggotai PKR. Polisinya lebih mesra rakyat dan boleh mengujudkan bangsa Malaysia yang akan diberi keadilan sama rata. PKR tidak berlandaskan fahaman ugama tapi berideologikan ketuanan rakyat. Semua kaum dilayan sama rata. Budaya dan cara hidup kaum diteruskan tanpa sekatan. Oleh itu pikir2 lah nak masuk kapal mana PKR ka atau nak jadi tukang tolak kapal PAS ka.

Perbualan saya dengan YB Sidam menyentuh masa depan politik Malaysia termasuk kerjasama PKR PAS dan DAP sekarang. Saya menjempu beliau merasmikan cawangan PKR di Kem Bagan Samak iaitu cawangan yang ke36 di DUN Bandar Baru malam esok. Mengikut beliau masa depan PKR amat cerah untuk meraih sokongan rakyat dan menjadi parti pemerentah pada PRU13 akan datang. Mengikut congakannya pengundi yang berumur 30 tahun kebawah yang berjumlah 30% akan memberi sokongan kepada PKR. Baki 70% lagi akan terbahagi 2 kepada PAS atau BN. Tapi yang pasti pengundi Cina dan India akan menyebelahi PKR dan ini memberi kelebiham kepada PKR. Itu Cuma andaian mudah dan memang masuk akal. Jalan yang terbaik untuk BN meneruskan kekuasaannya sekarang adalah dengan mengadakan ubat lambat mati supaya pengundi2 disaluran 1 terus dapat bertahan atau menutup semua sekolah dan IPT supaya rakyat buta huruf. Dengan ini senang untuk BN memperbodohkan rakyat atau buat undang2 supaya calon yang hendak bertanding hendaklah dari keturunan Tun Abdul Razak, Tun Husain Onn, Tun Mahathir sahaja. Dengan cara ini BN mungkin boleh menang.

Era Pak Lah PPP dihumban keluar
Nanti era Najib pula MCA dan MIC di punggai masuk tong sampah
Kalau panjang umur era Mahyuddin – Mahyuddin goyang kaki kerana dah tak dak parti
kedahlanie

Posted on 10 Disember 2008, in PKR and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: