Sinar Harian Maran, Kenapa Melatah Jika Hanya Sekadar Teguran Dan Pandangan !!


Salam Perjuangan…

KUANTAN – Susulan daripada laporan kami perihal “Edisi Pahang: Laporan Tidak Adil, Sinar Harian Perlu Siasat Wartawan Jadi Exco Puteri UMNO !!” baru-baru ini. Maka ramailah pihak tertentu yang marah dan tidak berpuas hati dengan laporan tersebut. Ada yang menyokong, memuji dan tidak kurang pula yang mengeji. Kami terima semua itu dengan berlapang dada. Untuk maklumat, laporan itu bukan dibuat sesuka hati semata-mata. Krew kami di Jengka telah mendapat maklumat daripada seorang pemimpin tertinggi PAS di sana. Mana mungkin pemimpin terbabit mahu berbohong dengan semua ini. Tambahan pula beliau cukup di kenali di seluruh negara. Memang segalanya ini kenyataan yang lahir dari kekesalan dan kekecewaan beliau sendiri akan hal ini. Dipendekkan cerita, laporan kami adalah berdasarkan kepada suara seorang pemimpin yang bertaraf ulamak dan sering mengajar pengajian agama disana. Kami tidak mahu bergantung dengan komen puak-puak UMNO dalam hal ini. Kerana kami lebih yakin kepada penjelasan pemimpin terbabit. Kami lebih tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Setakat laporan daripada rakan-rakan dalam UMNO bahawa perkara ini tidak terjadi ia tidak boleh diterima bulat-bulat kerana majoriti orang UMNO yang bercakap hal ini adalah terlibat dengan “rasuah” dan “politik” wang, bermakna mereka itu munafik berbanding dengan pemimpin PAS terbabit yang dilihat lebih bersih dari amalan tersebut.

Kami juga tidak memusuhi “Sinar Harian” secara umumnya. Ini kerana ditempat lain perkara ini dilihat tidak terlalu ketara. Memang kita akui di Maran terdapat juga berita dan laporan tentang Pakatan Rakyat disana. Namun biarlah ia seimbang, kerana akhbar itu adalah berbentuk harian. Jika hanya seminggu sekali atau sebulan sekali apalah gunanya. Walhal, ramai penyokong Pakatan Rakyat sebenarnya telah mula sayang dan berpuas hati dengan Sinar Harian sebagai satu wadah penyebar fikiran rakyat yang lebih “Neutral” adil dan saksama. Kami lebih “respek” kepada Sinar Harian Kuantan yang nampak lebih profesional dalam melaporkan serta memaparkan berita daripada kedua-dua belah pihak. Justeru itu, Skuad Sinar Maran perlulah lebih peka akan kehendak rakyat ini. Andainya benar beliau sudah tidak terlibat dengan Puteri UMNO, tahniah kami ucapkan. Namun, apakah hubungannya dengan Puteri UMNO atau UMNO Maran sendiri sudah tiada. Bahkan mutakhir ini rakyat di Maran melihat, boleh dikatakan kerap benar berita tentang Ketua Puteri UMNO Maran yang juga ADUN Kuala Sentul itu dikeluarkan. Apakah ini tanda sokongan Skuad Maran terhadap beliau yang akan bertanding Ketua Puteri UMNO Malaysia Mac 2009 nanti?. Inilah satu kemusykilan yang perlu dijawab sebenarnya. Pembaca melihat ini semua. Skuad lain tiada masalah, kerana mereka tidak pernah terlibat dengan politik secara aktif sebelum adanya Sinar Harian.

Kami mememohon maaf kepada Sinar Harian andainya terdapat kekeliruan atas laporan ini. Ia hanya berkaitan dengan individu yang pernah erlibat dengan Puteri UMNO dan dalam masa yang sama menjadi wartawan Sinar Harian. Kami hanya menyatakan kekesalan Pakatan Rakyat di daerah Maran akan perkara ini. Tidak perlulah kami menyebut nama orang-orang tertentu. Kami hanya mahu supaya Skuad Maran lebih telus dalam hal ini. Jika boleh dalam ruangan anda itu berikan sedikit masa untuk memaparkan informasi dan aktiviti Pakatan Rakyat supaya ia lebih telus dan adil. Anda tidak perlu mengejar berita, tetapi sekadar mendapatkan nombor telefon pemimpin tertentu untuk mengetahui aktiviti mereka. Anda juga tidak perlu kejar mereka. Kita takut, oleh kerana anda mempunyai pertalian rapat dengan UMNO maka anda bersikap “bias” dalam hal ini. Anda mungkin tidak sedar, namun pembaca Sinar Harian di Maran sedar akan perkara ini. Tambahan pula anda harus ingat bahawa Sinar Harian turut dibaca oleh ahli PAS dan PKR di Maran. Sedih mereka bila hanya dilihat paparan UMNO dan BN saban hari menghiasi ruangan Sinar Maran. Justeru itu, buatlah perubahan sekarang dan terima pandangan ini dengan hati yang terbuka. – pahangdaily

Posted on 11 Disember 2008, in Umum and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: