Kehadiran Ramai Polis Semakin Mengelirukan Orang Ramai


Salam Perjuangan…

Kuala Ibai, Kuala Terengganu – Kehadiran polis yang begitu ramai dalam kawasan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu menyebabkan menjadi sulit untuk mengenali samada seseorang itu adalah polis atau bukan polis.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong berkata demikian dalam sidang media harian di Markaz Besar Pilihanraya, Kuala Ibai dekat sini hari ini.

Menurutnya ada kenderaan yang berupa van dan bas yang telah memuatkan penumpang telah dberi iringan oleh polis dan dibawa kedlam kawasan pilihanraya.

“Ada maklumat yang mengatakan ada bas atau van yang besar yang dimuatkan dengan orang, yang di iring (escort) oleh polis, “siapa-siapa yang identiti didalamnya, kelihatannya orang-orang muda, kita lihat pergerakan-pergerakan ini hampir keseluruhan kawasan pilihanraya,” katanya mendedahkan maklumat yang beliau terima dari orang awam kepada pihak media. – buletinonline

Dengan kehadiran yang mencecah 6,000 orang tidak menyenangkan hati para pengundi Kuala Terengganu. Apa tidaknya, masa di Hiliran Masjid, DUN Bandar baru-baru ini, ramai sangat SB yang menyamar sebagai orang gila. Bila ditanya dengan orang tempatan, SB yang berlaku orang gila ini mula datang berkhidmat macam orang gila bermula sebelum penamaan calon lagi. Ada yang meronda dengan motor bersama dengan orang tempatan meninjau apa-apa yang boleh membantu Umno menang dalam PRK Kuala Terengganu.

Harapan saya juga agar rakyat Terengganu tidak bertindak dengan melulu dan tidak keterlaluan akibat dari kedatangan bas yang berbondong-bondong memasuki Kuala Terengganu. Jangan mengulangi apa yang telah berlaku sebelum ini. Banyak lagi cara yang dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah ini.

Posted on 13 Januari 2009, in PAS, Politik and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: