Gaza: Raungan derita, petugas medik berpusu-pusu


Salam Perjuangan…

EL-ARISH, 19 Jan – Ambulan silih berganti. Pekarangan hospital bertukar menjadi zon perang. Pesakit meraung menderita.Petugas perubatan berpusu tanpa henti.

Itulah gambaran nyata yang sempat dirakamkan oleh Harakahdaily sepanjang berada di pekarangan Pusat Perubatan El-Arish.

Tanpa memikirkan waktu rehat dan tidur yang mencukupi,anggota misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia segera bergegas ke Pusat Perubatan El-Arish untuk meninjau situasi dan seterusnya memberikan bantuan seandainya diperlukan.

Walaupun, masih agak pagi di sini,namun kawasan sekitar di pusat perubatan ini sibuk dan aktif.

Ambulan berbaris dan tersusun. Para petugas medik berkeliaran dan sibuk bergerak dalam langkah yang agak pantas. Sementara petugas khas pusat perubatan tersebut yang segak berjaket hijau siap siaga menanti ambulan-ambulan yang membawa mangsa daripada Gaza.

Pusat Perubatan El-Arish, merupakan pusat perubatan yang menjadi tumpuan utama bagi semua mangsa kekejaman Israel di Gaza.

Menurut Ketua Pengarahnya, Prof Dr Ahmed Ellabban pusat tersebut menjadi tumpuan kerana bandar tersebut berada hanya 40 km daripada kawasan bergolak di Rafah.

“Kami merupakan lokasi tumpuan untuk semua mangsa daripada Gaza.

“Walaupun dengan pelbagai kekurangan,alhamdulillah para petugas masih komited dan dapat memberikan bantuan kepada semua mangsa.

“Di sini kami mempunyai 140 orang doktor yang bersedia sepanjang masa,”jelasnya kepada anggota misi Yayasan Amal.

Tambahnya, ketika ini terdapat 360 pesakit yang terdiri daripada rakyat palestin dan angka ini makin meningkat dari sehari ke sehari.

“Pagi ini sahaja kami menghantar sebanyak 25 buah ambulan, dijangkakan sekitar jam 2 hingga 8 malam akan mula sibuk semua petugas di sini,”katanya.

Harakahdaily sempat merakamkan beberapa situasi cemas apabila ambulan demi ambulan mula memenuhi pekarangan pusat perubatan berkenaan.

Daripada tinjauan yang dilakukan, jelas penduduk Gaza merupakan mangsa kezaliman yang tidak berhati perut oleh Israel. – harakahdaily

Posted on 19 Januari 2009, in Palestine, Pelbagai and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: