Impian Umno pecahkan Pakatan Rakyat tersasar


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 19 Jan – Usaha Umno dengan bantuan media massa mahu memecahkan Pakatan Rakyat makin tersasar. Ia dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, kelmarin.

Sokongan masyarakat Cina dan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat bertambah sebanyak 949 undi berbanding Mac 2008, sebaliknya Barisan Nasional (BN) hilang sebanyak 2,310 undi.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu membuktikan masyarakat pelbagai kaum khususnya Cina semakin menerima PAS.

Katanya, apa yang lebih penting kesepakatan Pakatan Rakyat telah berpadu tenaga sehingga berjaya dibuktikan pada pilihan raya kecil itu.

“Dalam masa yang sama kemenangan ini juga berjaya merapatkan hubungan gerakan Islam yang dibawa PAS untuk dihayati semua pihak,” ujarnya di sini semalam.

Menurutnya juga kemenangan tersebut membuktikan Islam bukan sebagaimana didakwa pihak lawan sebagai parti yang ekstrem dan menghalang kemajuan.

Katanya DAP khasnya golongan muda yang dianggap penentu kejayaan calon PAS dianggap memahami perjuangan dibawa PAS melalui usaha penerangan yang dijalankan sejak dahulu sehingga sekarang.

“Golongan muda memahami Islam melalui pembacaan, perbincangan dan penerangan yang disampaikan berbanding golongan tua.

“Orang tua ni ‘orang tua laa’ golongan tradisi, orang Melayu pun menerima Islam kerana tradisi bukannya kerana pengajian,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, walaupun media begitu hebat berkempen untuk memenangkan calon BN, namun rakyat tetap menolak BN.

Beliau juga meminta pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang dianggap angkuh ekoran kemenangan PAS pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi mengalahkan calon BN, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. – harakahdaily

Posted on 19 Januari 2009, in Pelbagai and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: