Kemenangan PAS adalah Kejayaan Rakyat


Salam Perjuangan…

Kuala Terengganu – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan YB Tuan Haji Mohd. Wahid Endut di atas kemenangan cemerlang menumpaskan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil (PRK) P036 Kuala Terengganu. (Gambar – pimpinan PKR mengucapkan tahniah kepada Wahid di Stadium Negeri kelmarin)

Ketuanya Fariz Musa merakamkan ucapan tersebut dalam kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini.

Menurutnya kemenangan PRK Kuala Terengganu adalah kejayaan rakyat yang sangat bermakna dan membuktikan soladiriti Pakatan Rakyat yang mantap dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional yang ditunjanginya UMNO.

”Pelbagai usaha BN dan UMNO bertujuan memecahbelah dan melemahkan Pakatan Rakyat telah gagal, kegagalan itu adalah buktikan nyata dan signal terang, bahawa rakyat semakin muak dan mual terhadap BN/UMNO,”katanya.

Fariz berkata PRK Kuala Terengganu adalah medan terbaik bagi AMK selepas Permatang Pauh dimana semangat Permatang Pauh telah menjana gerak kerja seluruh jenteranya. (Gambar – Fariz (bertopi putih) turut meraikan kajayaan Wahid di Stadium Negeri)

Beliau yang juga pengarah pilihanraya AMK Malaysia berkata pesanan Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang menyeru supaya ahli-ahli PKR menganggap PRK KT ’seolah-olah PKR yang bertanding’ telah menyuntik semangat yang tinggi kepada AMK.

Justeru beliau berharap kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu mampu merubah lanskap politik terutama di negeri Terengganu dan Malaysia pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

AMK Terengganu turut merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para pengundi Kuala Terengganu yang berani membuat perubahan dengan memenangkan PAS dalam pilihanraya kecil ini. – buletinonline

Posted on 19 Januari 2009, in Pelbagai and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: