Konvensyen BN Di Tangguh Kerana kalah di Kuala Terengganu


Salam Perjuangan…

Kuala Terengganu – Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari depan ditangguhkan kerana dikatakan menghadapi masalah logistik bagi menempatkan 2,000 perwakilan dari semua parti komponen.

Bagaimanapun, hakikat sebenarnya penangguhan tersebut, menurut seorang pemimpin parti komponen adalah kerana kekalahan UMNO di Kuala Terengganu disamping terlalu hampir dengan perhimpunan agung UMNO yang akan diadakan pada Mac depan.

“Ramai ahli UMNO bimbang para pimpinan parti komponen yang lain (dalam BN) akan banyak bercakap tentang UMNO dalam konvensyen itu, dan menyalahkan UMNO atas kekalahan BN ,” kata seorang pemimpin komponen BN yang tidak mahu dikenali.

“Akan ada percanggahan diantara perkara yang mungkin terjadi dalam konvensyen dengan perkara yang akan berlaku dalam perhimpunan agung UMNO,”tambah pemimpin itu sebagaimana dipetik wartawan Adib Zalkapli dalam akhbar internet Malaysia Insider.

Difahamkan, penangguhan konvensyen tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang semalam.

Cadangan Konvensyen BN itu telah diumumkan oleh Presdien UMNO akhir tahun lalu bertujuan untuk mengkaji merudumnya pengaruh BN sejak kekalahan teruk pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.

‘Tsunami Politik’ yang melanda negara pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 telah menyaksikan BN kehilangan majoriti 2/3 di parlimen.

Kekalahan calon UMNO yang mewakili BN dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu memberikan tamparan hebat kepada parti tersebut yang dilihat tidak lagi relevan dalam suasana politik masakini. – buletinonline

Posted on 30 Januari 2009, in Politik and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: