Mahathir Masih Berkuasa Di Malaysia?


Salam Perjuangan…

Jika anda merasakan Tun Mahathir sudah tidak berkuasa di Malaysia, anda mungkin silap. Biarpun beliau telah disekat di situ dan di sini, namun beliau bijak menggunakan segala ruang yang ada untuk menyalurkan pendapatnya kepada umum.

Dengan bantuan kumpulan blogger ‘tertentu’, pendapat beliau diperkemas dan dipanjangkan lagi agar ianya tampak seperti pendapat ‘perdana’ atas litar alternatif. Karisma dan legasi beliau masih lagi bertenaga seperti enjin lama yang disokong kuasa turbo. Setiap kali beliau menekan pedal ‘minyak’, pasukan Pak Lah terpaksa berhempas-pulas memintas kereta beliau.

Memang benar Tun sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Namun suaranya masih lagi didengar rakyat Malaysia dan pandangannya pula masih bisa melakar lanskap politik Malaysia.

Buktinya sudah ada.

  1. Kritikan keras Tun terhadap Pak Lah telah menyebabkan Pak Lah terpaksa berundur lebih awal daripada perancangannya.
  2. Sokongan terbuka Tun terhadap Najib menyebabkan Najib menang jawatan Presiden UMNO tanpa perlu bertanding.
  3. Mukhriz lebih awal melepasi kuota pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
  4. Muhyiddin lebih awal melepasi kuota pencalonan jawatan Timbalan Presiden UMNO selepas menjadi ‘tukang ulang’ suara Tun Mahathir.
  5. Hishammudin Tun Hussein melepasi kuota pencalonan jawatan Naib Presiden lebih awal selepas bersungguh-sungguh mempertahankan program PPSMI yang diilhamkan Tun Mahathir.

Mungkin 5 petunjuk di atas hanya kebetulan. Bagaimana pula dengan 2 petunjuk di bawah ini:

a) Hasrat Sime Darby mahu mengambil-alih kepentingan IJN dan hasrat Air-Asia mahu membina LCCT baru di Labu dengan bantuan Sime Darby mula disensasikan oleh kumpulan blogger tertentu. Selepas itu, isu tersebut dipanjangkan oleh blogger lain dan akhirnya, Kementerian Kewangan yang diteraju Najib mengambil langkah ‘mendengar’ pendapat blogger. Adakah ianya satu kebetulan atau perancangan rapi pihak tertentu.

b) Tun Mahathir mengecam Wan Farid sebagai proksi Pak Lah sejurus nama calon diumumkan. Selepas BN kalah dalam pilihanraya kecil itu, Pak Lah yang dipersalahkan secara total oleh Tun Mahathir sedangkan Najib turut terlibat memilih calon dan mengetuai jentera pilihanraya. Malah, team Pro-Pak Lah yang dilihat begitu menonjol berkempen sedangkan team Pro-Mahathir dilihat acuh tak acuh.

Adakah era Mahathirisme akan kembali mewarnai lanskap politik Malaysia? Fikir-fikirkanlah… – nuraflah.blogspot.com

Posted on 31 Januari 2009, in Pelbagai and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: