Tingkat keselamatan elak terperangkap strategi kotor BN


Salam Perjuangan…

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Selangor perlu mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga untuk mengelak terperangkap dengan strategi kotor pimpinan BN.

Demikian peringatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Perancangan Bandar dan Setinggan, Iskandar Abd Samad berikutan perkembangan terkini politik di Perak yang melibatkan dua Adun dari KeADILan.

Mengulas situasi itu katanya, pada tahun 1960an Adun-Adun PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong Umno dan ia merupakan satu usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu.

Bagaimanapun beliau berkata, usaha itu gagal setelah beberapa orang Adun yang diculik menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya berharap Adun-Adun akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil supaya tidak terdedah dengan sebarang usaha untuk menculik mereka,” katanya melalui sistem pesanan rengkas (SMS).

Beliau bimbang jika taktik itu akan digunakan untuk memaksa mana -mana Adun berpaling tadah.

Menurut beliau, walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi semua Adun perlu sentiasa berwaspada.

Beliau menegaskan, BN sekarang tertekan selepas kalah dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan ekoran daripada itu apa sahaja boleh berlaku.

“Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.” jelasnya.

Ini kerana tambah beliau, dahulu seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga kini. – harakahdaily.net

Posted on 2 Februari 2009, in BN and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: