Mahfuz tidak terkejut BN pancing RM50 juta


Salam Perjuangan…

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar menganggap dakwaan mengatakan Timbalan Perdana Menteri menawarkan RM50 juta untuk wakil rakyat yang mahu melompat parti sesuatu yang tidak mengejutkan malah ia merupakan amalan biasa bagi Umno.

Beliau berkata sebelum ini Umno dan Barisan Nasional (BN) pernah cuba membeli calon PAS di Johor dan terdapat bukti di mana BN melakukan perkara yang sama di Sabah.

“Perkara ini satu amalan biasa bagi Umno dan BN. Suatu masa dahulu Adun PBS di Sabah di culik dan dikuarantin dan akhirnya BN dapat bentuk kerajaan di Sabah,” tegas beliau.

Amalan ini kata beliau, bukan perkara baru bagi Umno kerana pada tahun 1968, empat Adun di Kelantan pernah cuba dibeli tetapi tidak berjaya kerana hanya satu sahaja yang setuju lompat parti.

“Pada tahun 60an juga, akibat dari perbuatan Umno ini lah yang menyebabkan kerajaan PAS di Terengganu tumbang,” tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan Umno-BN sentiasa menggunakan pendekatan membeli wakil rakyat dengan membuat tawaran yang tinggi biarpun sudah tidak diterima rakyat.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat,Fauzi Muda segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kes ini dapat disiasat segera.

Beliau juga turut mendesak agar SPRM segera menyiasat Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana akuan bersumpah yang dibuat oleh Fauzi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa dakwaan tersebut berasas.

“Akuan bersumpah bukan satu perkara yang main-main dan SPRM perlu segera mengambil tindakan untuk menyiasat Dato’ Seri Najib Razak,” tegas Mahfuz.

Ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujukkan supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memberi sebarang komitmen.

Beliau telah membuat akuan bersumpah untuk membuktikan dakwaannya itu dan telah membaca akuan setebal tiga muka surat itu ada pagi tadi di Ipoh. – harakahdaily

Posted on 3 Februari 2009, in Najib and tagged , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: