Mungkin DUN Perak Dibubarkan


Salam Perjuangan…

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.
Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda.

Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.

Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini enggan mengulas buat masa sekarang.

Difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu – menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi. – malaysiakini

Inilah saat-saat yang ku tunggu-tunggu iaitu Pilihan Raya Kecil DUN Perak. Semalam rasa kecewa juga bila mana SPR membelakangkan Sultan Perak untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil apabila Speaker DUN mengumumkan 2 kekosongan kerusi DUN.

Orang kampung tahu SPR bukan ada kuasa untuk berbuat demikian. SPR hanya ada 3 kuasa iaitu i. Mengadakan Pilihan Raya, ii. Semakan Daftar Pemilih, & iii. Persepadanan Parlimen & DUN.

 Jadi semalam SPR telah menjadi hero jahat bagi pihak yang berada sebalik tabir yang mengarahkannya. Umno sebenarnya memang penakut, sepertimana kata pepatah melayu “lontar batu sembunyi tangan”. Kata SPR yang buatkan keputusan, tapi sebenarnya memang ada mainan orang politk yang mempengaruhi keputusan tersebut.

Posted on 4 Februari 2009, in Pilihan Raya Kecil and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. ali.alor setar

    walau pun saya bukan orang perak,saya sokong 200% pilihan raya baru diadakan .saya berdoa kehadrat ilahi semoga dapat berkenan kebawah duli tuanku.kembalikan kuasa raayat,semoga pr berjaya.aminnnnnnnnn.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: