Rampas Perak, Najib seperti Zionis


Salam Perjuangan…

Tindakan Barisan Nasional yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak dalam merampas kerajaan negeri Perak ibarat Zionis,Israel.

Demikian ulas, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin sambil menegaskan, media pro Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha mengelirukan rakyat tentang situasi di Perak ketika ini.

Beliau ketika ditemui di majlis Tabung Dana Bela Palestin di Masjid Perda Permatang Pauh sebentar tadi membidas sikap kepimpinan BN khususnya Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang sengaja melakukan agenda tersembunyi untuk menggalakan suasana tegang.

Menurutnya, apa yang dititahkan oleh Sultan Perak semalam belum lagi diputuskan ekoran Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang berusaha bertemu Baginda Sultan bagi menerangkan keadaan sebenar untuk kali kedua.

“Setakat semalam Menteri Besar, Dato’ Seri Nizar masih Menteri Besar yang sah dari segi perundangan. Biar rakyat yang menentukan bagaimana keadaan Negeri Perak seterusnya bukan dirampas bagaikan rejim zionis, ” ujarnya lagi.

Terangnya, kenapa Najib sanggup mempergunakan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cangkat Jering dan Behrang serta Bota yang kembali ke pangkuan Umno setelah beberapa hari bersama Parti KeADILan Rakyat (KeADILan).

Semua itu bermatlamat dengan niat jahat bukan mengikut saluran demokrasi yang sebenar. Bahkan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kehendaknya tercapai dalam masa singkat bagi mengembalikan maruah yang tercalar apabila kalah dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Dua pilihan raya kecil itu, menjadi tamparan hebat pada Najib yang bakal memikul amanah sebagai Perdana Menteri menggantikan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi Mac ini.

“Jadi sebelum menjelang Mac 2009 Najib mahu namanya dijulang kembali bukan diperlekehkan ekoran kekalahan ketika mengetuai jentera BN di dua pilihan raya kecil yang menyaksikan kedua-duanya dimenangi Pakatan Rakyat, ” kata beliau yang juga Adun Penanti.

Jelas Fairus lagi tindakan pihak polis mengepung pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pejabat Menteri Besar dan Stadium merupakan satu tindakan yang tidak profesional kerana Kerajaan Pakatan Rakyat belum tumbang sepertimana yang didakwa oleh Najib menerusi sidang medianya semalam. – Harakahdaily

Posted on 6 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. SEMINAR PEMBINAAN UMMAH
    Assalamu’laikum,
    kepada semua sahabat,jemput beramai-ramai untuk hadir ke majlis ilmu ini.
    sesiapa yang berminat boleh daftarkan nama beserta IC ke nomborana,013-6280251 atau emailkan maklumat diri ke: ben_aidrus88@yahoo.com

    berikut adalah detail program:

    PROGRAMME DETAILS
    SEMINAR PEMBINAAN UMMAH

    TIME ACTIVITIES
    7.30 A.M. Arrival of participants
    7.45 A.M. Arrival of speaker and VIPs
    1. VIPs
    – Pengarah JAKIM
    – Penaung Yayasan Sofa Negeri Sembilan
    (Dato’ Syed Omar bin Abdul Qadir al-Aidrus)
    8.15 A.M. Opening remarks by Master of Ceremony
    Al-Qur’an Recitation
    Speech by Dato’ Syed Omar b. Abdul Qadir
    Launching by Ketua Pengarah JAKIM
    Multimedia Presentation
    9.15 A.M. Breakfast
    9.45 A.M. Talk 1
    -Ust. Hj. Zamihan Hj Mat Zin
    ( Peranan Mahasiswa Dalam Memahami serta Membanteras Penyelewengan Agama )
    10.45 A.M. Break
    11.00 A.M. Talk 2
    – Ust. Hj Mahfuz Bin Muhammad
    ( Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama )
    12.45 A.M. Lunch and Zuhr Prayer
    2.00 P.M. Talk 3
    -Ust. Ahmad Faidzurrahim b. Haji Muhammad Alwi
    ( Pegangan Jitu Seorang Muslim )
    3.15 P.M. Break session
    4.30 P.M. “Sesi Suai Kenal bersama Ulama’ “
    – Tausiyah by al-Mukarram Syeikh ‘Afeefuddin al-Jailani
    -Tausiyah by al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid
    – Special performance by Qasidah Group from Yayasan Jenderam

    PROGRAMME DETAILS
    SPECIAL TALK
    مفاهيم يجب أن تصحح
    (TOWARDS A BETTER UNDERSTANDING OF ISLAMIC FAITH)

    7.45 p.m. : Arrival of participants, VIPs and speakers
    1) VIPs
    – Dean of CFSIIUM
    – Deputy Dean of all departments
    – Tuan Mohd. Shukor Bin Sabudin( Yang Di Pertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan )

    2) Speaker
    – Syeikh Muhammad Fuad b Kamaluddin al-Maliki

    : Ratib Haddad Recitation-lead by al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid

    8.15 p.m. : Opening Remarks by MC
    Al-Qur’an Recitation

    9.15 p.m. : Talk Begins

    11.00 p.m. : Question & Answer Session

    11.15 p.m. : Maulid Daiba’ie Recitation
    -Lead by Qasidah Nabawiyyah As-Sofa Group

    11.45 p.m : Disperse & Refreshment
    seminarpink.jpg (78.67 KB)

    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: