Allah telah menapis keluar mereka yang tidak ikhlas berjuang


Salam Perjuangan…

Melihatkan situasi politik di Perak mutakhir ini, kita berasa agak dukacita apabila kerajaan negeri yang baru berusia 11 bulan ini telah tumbang angkara perancangan jahat Umno dan Barisan Nasional yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mungkin sekarang Najib sedang tersenyum riang kerana dendamnya terhadap Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Januari yang lalu telah terbalas. Namun harus beliau ingat! Berapa lama sangat beliau hendak hidup di muka bumi Allah ini. Kelak beliau akan kembali mengadap Allah Ta’ala yang maha adil bersama-sama dengan segala kejahatan beliau selama ini.

Kepada Dato’ Seri Nizar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Negeri Perak, kita janganlah terlalu sedih dengan kejadian ini kerana hikmahnya Allah telah menunjukkan kita siapa sebenarnya yang ikhlas dalam perjuangan, siapa yang tidak tahan diuji dengan ugutan dan Allah telah menunjukkan kepada kita orang yang sebenarnya melompat parti untuk keuntungan peribadi semata-mata.

Dengan insiden ini Pakatan Rakyat khususnya Pas tidak akan terjejas kredibilitinya kerana Pas bukan parti yang diresapi oleh rasuah dan penyelewengan seperti Umno. Tumbangannya Pas dan Pakatan Rakyat bukan kerana parti itu mengamalkan rasuah, sebaliknya naiknya Umno dan Barisan Nasional bersama-sama dengan amalan rasuah dan kerja jijik parti itu dalam mendapatkan kuasa. Mudah-mudahan hanya Allah sahaja yang akan membalas kezaliman mereka. – Hunusan Lidah

Posted on 7 Februari 2009, in Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: