Rampasan Kuasa Di Perak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Syor Pilihanraya Bebas Serta Telus Dilaksanakan Atas Prinsip Keadilan Sejagat


Salam Perjuangan…

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka. Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri – selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia – akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui,” tambahnya.

Menurutnya, bersempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas. “Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media. “Juga terdapat dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi,” katanya.

Bagaimanapun, Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru-baru ini. Perak dilanda krisis politik apabila empat Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas dan seorang daripadanya kembali merujuk BN.

Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di DUN Perak tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional. Ketiga-tiga Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Tindakan itu sekali gus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Sultan Perak menolak permohonan Pakatan supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan semula. Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang tadi. Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata berkali-kali.

Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah – tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru. – Pahangdaily

Posted on 7 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. tongkatmusa@hotmail.com

    Jika Dun Behrang dan DUN Changkat Jering diputuskan oleh Mahkamah sebagai kosong bermakna BN masih kekal dengan 29 ADUN (1 bebas) mengatasi PKR 28 ADUN. Maka Dato Zambri masih boleh kekal sebagai MB sementara menunggu keputusan 2 DUN pilihanraya kecil Behrang dan Changkat Jering. PKR kini berhasrat mendapatkan perintah Mahkamah bahawa kerusi Jelapang pun diistihar kosong bersama Behrang dan Changkat Jering. Jika PKR menang ketiga-tiga kerusi ini, PKR akan mendapat balik kerajaan negeri Perak. Jika Mahkamah memutuskan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang tidak kosong, pentadbiran kerajaan negeri akan kekal dengan BN. Prihatin saya adalah jangan membelakangkan undang-undang. Pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah nanti bolehlah buat rayuan ke Mahkamah Rayuan bukan dengan menyaman Mahkamah ataupun menyaman Sultan.

    Saya hanya mengambil pendekatan undang-undang dan pada ketika ini MB Dato Zambry masih selesa dengan sokongan 31 ADUN (28 BN dan tiga ADUN lompat) sedangkan MB Nizar hanya 28. Apa yang saya tekankan ialah ketika ini BN mendahului sokongan ADUN Perak. Sekarang kita tunggu apa mahkamah kata samada DUN Behrang, Jelapang dan Changkat Jering kosong atau tidak. Maksud saya, jika PKR nak ambil semula pentadbiran kerajaan negeri Perak, mahkamah perlu terlebih dahulu memutuskan tiga kerusi DUN tersebut sememangnya kosong dan dalam pilihanraya kecil tengok siapa menang. Sementara menunggu keputusan pilihanraya kecil tiga kerusi DUN itu, pada pemahaman saya, status quo (kedudukan) Dato Zambri sebagai MB kekal.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: