BN bagai lanun rampas kerajaan Perak, tidak hormati perlembagaan negeri


Salam Perjuangan…

Lanun adalah sejenis kumpulan manusia yang tidak mengikuti undang-undang dan mana- mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang pada asasnya mereka adalah lanun.

Rampasan kuasa yang berlaku di Perak membuktikan bahawa pimpinan Umno-BN termasuk dalam golongan lanun kerana tidak menghormati dan mengikuti Perlembagaan negeri Perak.

Demikian menurut Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa ketika ditemui selepas merasmikan seminar Kebajikan Nasional anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, di Taman Melewar.

Beliau menegaskan, Umno-BN tahu bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak perlu ada undinya tidak percaya barulah kerusi Menteri Besar kosong dan pimpinan Umno-BN boleh mengangkat sumpah.

Katanya, mereka mengambil orang yang dituduh terlibat dengan rasuah sebagai orang yang menyokong pembentukan kerajaan (BN) sebagai tekanan dan cara yang mereka lakukan betul-betul lanun.

“Lanun ini tidak ada hati perut dan tidak ada undang-undang dan Adun Pakatan Rakyat adalah wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, jadi kalau orang itu ada hati perut mereka tidak akan buat kerja seperti ini kerana ia melukakan perasaan rakyat,” tegasnya.

Tetapi kata beliau Umno-BN merupakan lanun tidak ada hati perut jadi mereka tidak peduli perasaan rakyat.

Beliau turut berharap rakyat di negeri Perak terus mendesak Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) yang masih sah dikuasai Pakatan Rakyat.

Katanya, bantahan itu perlu berterusan jika tidak Malaysia tidak mempunyai kedaulatan undang-undang dan rakyat perlu pertahankan kedaulatan undang-undang.

“Kita mahu pertahankan kedaulatan undang-undang dan Menteri Besar, Dato’ Nizar Jamaluddin adalah lambang mempertahankan kedaulatan undang-undang,” jelasnya. – Harakahdaily

Posted on 7 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. “Kita mahu pertahankan kedaulatan undang-undang dan Menteri Besar, Dato’ Nizar Jamaluddin adalah lambang mempertahankan kedaulatan undang-undang,” jelasnya. – Harakahdaily

    ko percaya ke dengan kenyataan akbar fasik ni. masa dulu ko kutuik anuar sekarang ko sayang. apa macam dapat aljuburi ke .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: