Himpunan 100 ribu rakyat bantah PPSMI


Salam Perjuangan…

Satu himpunan 100 ribu rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Istana Negara akan diadakan bagi membantah pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Himpunan yang akan diadakan pada 7 Mac bermula jam 2 petang itu anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat bersama Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat & Gerakan Memansuh PPSMI.

Demikian menurut Setiausaha Gerakan Memansuh PPSMI (GMP), Hasni Abas dalam majlis penerangan bantahan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Taman Melewar.

Himpunan yang diadakan akan memberi tekanan kepada kerajaan dan Umno yang akan mengadakan pemilihan dalam mesyuarat Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac nanti.

Beliau berharap pimpinan di semua peringkat seluruh negara mesti bersama-sama menyokong himpunan tersebut.

Sebelum itu satu penyerahan memorandum kepada ahli Parlimen di hadapan bangunan Parliman akan diadakan pada 17 Februari jam 10 pagi.

Dalam majlis yang sama Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar menegaskan gerakan PPSMI perlu dilaksanakan bagi mengembalikan kuasa terhadap rakyat.

Beliau berharap golongan wanita di semua peringkat perlu menyokong perhimpunan besar-besaran itu untuk mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

Katanya, pelaksanaan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu gerakan merampas kuasa Perlembagaan dan Perundangan negara yang dilakukan oleh BN. – Harakahdaily

Posted on 7 Februari 2009, in Pelbagai and tagged , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: