Krisis politik: Sultan Perak perlu guna kuasa simpanan


Salam Perjuangan…

Sultan Perak perlu menggunakan kuasa simpanan bagi menyelesaikan krisis politik yang kini melanda negeri itu.

Sehingga malam ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun jawatan itu kini secara rasminya telah disandang oleh Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir atas keyakinan yang beliau masih sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak ‘berkata’ apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku.

“Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya. “Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa, katanya kepada Bernama, hari ini. Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

“Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri,” katanya.

Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru.

Sementara itu, bekas Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid berkata, pemimpin yang matang tidak akan kembali ke zaman gasar semata-mata apabila berdepan dengan krisis. Sebaliknya, kata beliau, pemimpin yang bijaksana akan berpegang kepada prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Rukun Negara dan Perlembagaan dengan mengekalkan budaya tinggi dan halus ketika menyelesaikan krisis tersebut.

“Apa yang dimaksudkan sebagai budaya tinggi dan halus ini termasuklah taat setia kepada raja dan cinta kepada negara,” katanya.

Menyifatkan situasi politik di Perak sebagai ‘krisis kecil’ dan sebahagian daripada proses kematangan politik tanah air, Dr Ibrahim berkata pada akhirnya hanya pemimpin yang sedemikian akan disanjung rakyat.

“Jika pemimpin dan pasukan pemimpin ini bijak, maka rakyat juga akan menjadi bijak, dan saya yakin semua pihak yang terlibat akan belajar sesuatu daripada krisis ini dan akhirnya menjadi lebih matang,” katanya.

Bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berpandangan, pembuat undang-undang yang tidak menghormati undang-undang tidak layak berada di dalam dewan yang menggubal undang-undang. “Sultan adalah pemerintah tertinggi sesebuah negeri, dan apa yang dilakukan Pakatan Rakyat ini kalau ikut budaya politik Melayu adalah satu penderhakaan yang tidak boleh diampun,” katanya.

Beliau juga berpendapat golongan seperti itu wajar dihukum.

“Kita mesti menuntut mereka yang mengetepikan perintah diraja, adat-istiadat Dewan Undangan Negeri, yang memperlekeh raja, supaya dihukum.

“Barangkali dalam Perlembagaan tidak ada, tetapi daripada segi konvensyen dan istiadat perundangan orang-orang seperti ini mesti dihalang daripada hadir ke (persidangan) Dewan untuk tempoh tertentu,” katanya. – mStar

Posted on 7 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Haaa nak sangat main lompat2 kan.
    Suke sangat nak suruh org lompat sana sini kan.
    Dari tahun lepas dok sebok2 suh org lompat kan.
    Skang nie org dah lompat.. sudah lah. ape lagi tak puas hati?

    Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

    Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
    Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

    8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

    BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

    Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

    BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

    PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
    mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

    Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

    DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru” Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada’ n qadar ketentuan ilahi.
    Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

    Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
    YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

    P/s: Dulu DSAI nak merampas kerajaan dengan MP lompat takde sape pun cakap ape2. skang nih baru lah nak melatah bukan2.

    oi sudah2 la politik tuh, bila mau buat kerja? Kami Rakyat Mau Cari Makan Utk diri keluar masyarakat dan masa depan. dengan ucapan main la lompat2 lagi.

  2. aku setuju ngn rokiah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: