Rakyat Murka, Sultan Derhaka! Malaysiakini


Salam Perjuangan…

Tiba-tiba rakyat bangkit murka
tidak sangka sultan menderhaka
meminggir sepi suara keramat
memperkenan sembah barisan bangsat

Keadilan bukan kanun retorik
hiasan perlembagaan kosmetik
dari busuk ketulan taik-taik
pertubuhan bersatu melayu fasik

Bersama c4 tiada maaf bagimu
katak-katak songlap jutawan baru
riuh melompat ke mulut buaya
terkutuk maruah selagi bernyawa

Riuh setan mengguling demokrasi
bacul mengubur hak majoriti
murka rakyat membawa resolusi
mengulang saujana gema reformasi

Dulu, kini, selamanya sejagat
ketuanan rakyat tetap berdaulat
maka sedihnya derhaka sultan
meruntuh warisan taat kesetiaan

Fudzail Dubai, UAE – Zulkifli Nordin

Posted on 7 Februari 2009, in Pelbagai and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Pemahaman saya berbeza Yang memerintah adalah Raja, MB dan pasukan exconya mentadbir negara bagi pihak pemerintah setelah mendapat mandat Raja berdasarkan sokongan rakyat padanya.

    Samada Sultan Perak mengikut undang2 adalah persoalan undang2 juga. Yang perlu PKR saman adalah kerajaan Pentadbiran pimpinan MB Dato Zambri dan exconya bukannya Sultan. Mintalah peristiharan dari mahkamah tinggi bahawa perlantikkan MB Dato Zambry dan Exconya dan pentadbiran kerajjan mereka tidak sah tanpa perlunya menyaman Sultan.

    Dalam persolan betul ke Sultan Perak tidak mengikut undang2 bila memecat MB Dato Seri Nizar adalah persoalan undang2. MB Nizar sepatutnya membuat sidang DUN dan lihat samada usul tidak percaya terhadapnya berjaya ke tidak tapi memilih nak bubar DUN namun tidak mendapat perkenan. Bila sudah tiada majoriti di DUN dan dipecat barulah dia nak adakan sidang DUN dan mengatakan bahawa disidang DUN barulah pemecatan itu sah. Bagaimana kini dia nak panggil sidang DUN jika sudah dipecat dan perlantikan MB baru sudah dibuat dan EXCO baru akan dilantik selepas Thaipusam selasa ini? Bekas MB NIzar masih boleh hadiri sidang DUN dengan MB baru dan exco barunya dan jika mahu boleh usulkan undi tak percaya pada MB baru – mudah-mudahan dia/PKR berjaya. Dato Zambri dari BN memimpin pentadbiran kerajaan dengan 31 ADUN (3 bebas menyokong) mendahului bekas MB Dato Seri Nizar/PKR.

    Oleh kerana bekas MB NIzar mahukan DUN dibubar tapi ditolak dan pada masa yang sama sudah tiada majoriti dan tak mahu pula panggil sidang DUN maka Sultan berhak menggunakan kuasa simpannya (inherent power) untuk pecat bekas MB Dato Seri Nizar.

    Sementara mahkamah belum buat keputusan yang memihak kepadanya, Dato Zambri sebagai MB ketika ini adalah sah. namun bukan dengan PKR menyaman Sultan (itu menghina Sultan dalam tugas rasminya) sepatutunya menyaman kerajaan baru pimpinan MB Dato Zambri dan EXCOnya tidak sah. Kita perlu faham tugas Sultan.

    Saya kagum dengan tulisan Raja Petra baru2 ini bertajuk “What More To Say” diMalaysia Today antara lainnya, PKR silap tidak bubarkan DUN semasa memiliki majoriti – sekarang nasi dah menjadi bubur – untuk PKR”. Tapi RP mengingatkan PKR bahawa kalah pertempuran bukan bermakna peperangan sudah tamat dan pinta agar PKR dan wakil-wakil rakyatnya diambil dari orang yang berkualiti dan memilik wawasan (foresight) dalam menyusun perjuangan. RP kata PKR taknak dengar nasihat.

    Sultan Perak adalah bekas Yang Amat Arif Hakim Federal dan bukan dia tak tahu undang2. Tidak boleh dikatakan fahaman Tengku Razaleigh betul dan fahaman Tuanku Sultan salah atau tidak mengikut undang-undang berdasarkan tafsiran kita – lihat nanti apa mahkamah kata – setuju atau pun tidak kena akur.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

  2. ko lupa masa kes anuar buat kerja kat pbs kat sabah, tak pula orang sana mengamuk. dan masa adun bota masuk pkr tak pulak dia diosanggah. tang dia semua betul, tang umno salah. saya tak mahu diperbodohkan oleh anuar al juburi ( kata matsabu–ingat tak.)

    Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    boleh percaya ko ni prof. sebab pkr selalu penipu.

    Kenapa to tak tulis jawatan ko tu
    adalah
    datuk datuk datuk Prof Madya Dr Prof Madya Dr biar orang percaya ko pandai
    walhal ko tu kuli unit amal tukang kutip duit masa mat sabu buat ceramah
    geli aku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: