Krisis Perlembagaan Perak – Sesetengah Pihak Memang Tuli !?


Salam Perjuangan…

Bekas Menteri UMNO, Zaid Ibrahim berkata krisis perlembagaan di Perak boleh di elakkan sekiranya semua ahli politik menerima Malaysia adalah negara demokrasi, dimana permasalahan politik sepatutnya diselesaikan melalui Dewan Undangan Negeri dan bukannya di belakang pintu istana yang tertutup.

Beliau yang bertindak sebagai Menteri Undang-undang dalam kabinet Barisan Nasional (BN) berkata BN dan Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya menguji sokongan terhadap mereka di DUN Perak melalui undian dengan mengangkat tangan.

Menurutnya dalam demokrasi mahkamah adalah terbuka kepada umum, supaya rakyat jelata boleh berpuashati dengan proses perundangan yang adil dan boleh disemak dengan teliti.

“Mengapa bila tiba menukar sesuatu kerajaan, dibuat secara tertutup? Adakah kerana kita ada budaya ‘kekuasaan’? Rakyat tidak perlu tahu, hanya elitis sahaja yang perlu tahu?” katanya yang kesal dengan tindakan tergesa-gesa menukar kerajaan Perak.

Beliau yang dipetik Malaysian Insider berkata persoalannya bukan samada Sultan ada kuasa untuk membubarkan DUN atau adakah Sultan boleh menitahkan peletakan jawatan Menteri Besar, tetapi samada parti-parti politik durujuk kepada forum yang betul.

”Ia adalah berkaitan mendapatkan keyakinan majoriti dalam DUN,” tegasnya.

Kedua-dua BN dan PR mempunyai 28 kerusi di DUN, tetapi tiga ADUN yang memilih menjadi BEBAS berkata mereka akan menyokong BN.

Sultan Azlan Shah mengambil sokongan meraka (tiga ADUN) kepada BN sebagai bukti yang Menteri Besar Perak tidak lagi mendapat keyakinan DUN. Sultan telah bertindak mengambil sumpah Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang baru semalam tetapi Nizar menolak keputusan yang dibuat di istana.

Keputusan yang diambil oleh Sultan Azlan yang juga bekas Ketua Hakim Negara telah menimbulkan banyak kritikan sehingga pakar undang-undang bercanggah pendapat adakah Sultan bertindak dengan niat yang benar (whether he acted in good faith).

Zaid, yang meletakkan jawatan dari Kabinet Abdullah kerana kurangnya sokongan atas usahanya untuk mengislahkan badan kehakiman berkata, isu mudah untuk menentukan parti manakah yang mendapat majoriti telah menjadi sukar (complicated) kerana beberapa orang telah bertindak sewenang-wenangnya.

“Saya tidak fikir masalah ini boleh diselesaikan melalui mahkamah, jadi rakyat kena menunggu. Kerajaan baru yang berkuasa telah ditubuhkan. Istana telah bertitah. Ia seolah-olahnya tidak boleh dipersoalkan lagi (fait accompli),” katanya dan menambah bahawa situasi di Perak telah menimbulkan nada bersifat membahagi (divisive tone) dalam negara ini.

“Matlamat untuk menubuhkan kerajaan diterima oleh semua pihak (working government) bukanlah permainan matematik (angka). Ia bukannya angka tetapi berkait rapat dengan kestabilan,” kata Zaid.

Beliau menyatakan ada pendapat yang mengatakan bahawa tindakan Sultan tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah.

”Adakah ia bermakna seseorang tidak perlu menerangkan tindakannya kepada rakyat umum?,” soalnya.

Beliau menimbulkan bahawa sesetengah pihak merasakan bahawa pertukaran kuasa di Perak adalah satu rampasan kuasa (coup d’etat), justeru mereka harus menyatakannya dengan trang dan jelas dalam kotak undi pada pilihanraya akan datang, kerana katanya jelas sesetengah pihak memang tuli (tidak pernah mendengar keluhan rakyat)! – Buletinonline

Posted on 8 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Bukan tuli …tetapi maklumat melalui media masa diputar belit…sehingga cerita betul jadi salah…kami merasakan BN mecari jalan mudah untuk berkuasa…kalau nak bertanding UMNO tentu tak berani punya selepas kebangkitan rakyat…

  2. Saya bukan orang politik,rakyat biasa,tapi saya banga ada orang macam tuan zaid.berprinsip dan saya yakin tuan sudah cuba sedaya upaya mengambil jalan tengah agar haluan kapal umno yg terserong dari haluan dapat dibetulkan dan dihormati anak cucu melayu 50 tahun akan datang.
    Apakan daya!tuan telah ditunjukan jalan keluar dan saya berpendapat tuan usah berhenti,teruskan perjuangan mencari platform baru waima tiada berpati pun tidak mengapa.
    Kalau kita jauh mesra lebih ketara dari dekat selalu berselisih faham.saya ingin benar berjumpa tuan menghulurtangan bergengap mesra, setidak tidak nya rasa banga dapat berjabat tangan dengan org yg saya kagumi.
    kalau diizinkan allah suatu hari nanti dimana pun tak apa.
    hp saya 0192833881 atau pejabat 0333712310

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: