Arumugam letak jawatan Exco, ADUN


Salam Perjuangan…

Di sebalik desas-desus menyertai Barisan Nasional (BN), Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini pukul 9 malam tadi.

Sidang media itu merupakan yang kedua dalam tempoh 12 jam hari ini.

Tengah hari tadi beliau mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Beliau berkata surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada pukul 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta,” kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.

Azizan berkata sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr. Abd Isa Ismail.

Abd Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kedah Ahmad Kassim turut menghadiri sidang media itu.

Perkembangan itu turut membuka laluan kepada pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi sebentar tadi berkata, pihaknya akan meneliti kesemua dokumen berkaitan sebelum menentukan tindakan susulan.

“Kami juga akan melihat Perlembagaan Negeri Kedah apabila menerima notis pemakluman kekosongan,” kata beliau ketika ditanya sama ada akan mengadakan pilihan raya kecil.

Dalam pada itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau.

“Malah, Presiden Parti (PKR) dan Ketua Umum juga sudah mengetahui mengenai perkara ini,” kata beliau ketika dihubungi di Perak.

Tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat PKR akan mengumumkan langkah susulan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu esok.

Difahamkan Arumugam yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India, mengambil keputusan itu atas masalah peribadi. – mStar

Posted on 9 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: