Pemuda PAS Kelantan cadang Nizar tanding di Bukit Gantang


Salam Perjuangan…

PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah di atas kematian anggota Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Timbalan Pesuruhjaya II, Dato’ Husam Musa mewakili kerajaan negeri dan PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan diharap bersabar menempuh ujian tersebut.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman juga berharap keluarga Allahyarham dan pendokong perjuangan Islam serta Pakatan Rakyat di Perak bersabar menempuhi segala dugaan getir sekarang.

“Dalam kegawatan politik di Perak, kita tiba-tiba dikejutkan dengan kematian anggota Parlimen PAS, yang sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

“Ia juga merupakan ujian Allah untuk pemimpin serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di negeri itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Roslan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah. Beliau menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang mencadangkan supaya Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin dicalonkan bertanding pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Ini kerana sokongan rakyat Perak terhadap Nizar masih kuat kerana sikap amanahnya dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak selama 11 bulan.

“Dewan Pemuda PAS Kelantan berkeyakinan pengundi akan memberi sokongan padu kepada beliau sebagai seorang yang dizalimi.

“Inilah medium paling sesuai bagi rakyat Perak untuk menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Selain itu kata beliau ia juga sebagai medan untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap isu yang berlaku di Perak sekarang.

Oleh itu beliau berkata, Pemuda PAS Kelantan berdiri teguh di belakang Nizar bagi menghadapi kerenah politik cacar merba Umno sekarang.

“Beberapa hari lepas kami beberapa orang anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kelantan berada di Perak bagi menyatakan sokongan kepada Nizar,” ujarnya. – Harakahdaily

Posted on 9 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: