Pilihanraya kecil di Bukit Selambau?


Salam Perjuangan…

Sumber-sumber PKR memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit Selambau.

Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai Barisan Nasional (BN).

Arumugam, 54, tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, tetapi sumber-sumber tertinggi PKR berkata, parti itu akan membuat kenyataan mengenainya hari ini.

Difahamkan juga Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dan kini berada di luar negeri.

Peletakan jawatan Arumugam, jika disahkan hari ini, akan mengesahkan spekulasi sepanjang bulan ini bahawa beliau mahu atau dipaksa menyertai BN.

Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.

Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

“Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN,” dakwanya dalam laporan polisnya itu.

Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.

Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti.

Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri. – Malaysiakini

Posted on 9 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: