Sakit atau buat-buat sakit ?


Salam Perjuangan…

Berita dan ramalan yang saya terbitkan dalam blog ini kelmarin mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Exco kudeta di Perak ternyata benar semuanya. Ramalan kedua saya yang menyebut tiga ADUN lompat tidak terlibat dengan lantikan ini juga ternyata benar.

Persoalannya ke manakah mereka selepas ini ?, walaupun tidak dapat disahkan seratus peratus mereka bertiga tidak akan dilantik sebagai Exco namun ada berita yang saya terima bahawa Hee Yit Fong kemungkinan akan dilantik semula dalam kabinet kudeta itu sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.

Ternyata mereka lebih teruk dari pepatah sudah jatuh ditimpa tangga, apa kan tidak jawatan yang telah pun hilang dan melayang datang lagi bala yang bersilih ganti.

Kalau lah benar mereka telah di katakan mengalami penyakit yang teruk, paling tidak yang boleh disahkan ialah penyakit tekanan mental. Bayangkan sehingga ini gambar mereka yang tersiar sejak mereka melompat keluar dari Pakatan Rakyat hanya diambil di Istana sahaja.

Kalau lah benar hendak berkhidmat lebih kuat seperti didakwa Jamaluddin kenapa kena bersembunyi begitu lama dan tidak muncul di khalayak ramai.

Dengar khabar Hee juga tidak balik ke rumah sampai saat ini. Saya kasihankan kepada jiran dan rakan serta semua penyokong yang berkerja kuat untuk dia sampai menang di Jelapang. Seorang OKU yang begitu dihormati sebelum ini sekarang di caci dan di maki dan ada yang sudah berkumpul sambil membakar gambarnya.

Jamaluddin dan Osman sejak awal lagi bila mula muncul setelah surat dia berhenti jadi ADUN di terima oleh Speaker mula mendakwa sakit dan mendapat rawatan. Adakah mereka minta sakit atau buat-buat sakit ?

Sehingga kelmarin saya menerima berita dari Hospital Selayang bahawa Osman betul berada di CCU Selayang. Malah waran tangkap kerana beliau tidak hadir di mahkamah kelmarin dikaitkan dengan kesihatannya.

Jamaluddin mengemukakan surat sakit, lalu dia terlepas dari waran tangkap.

Sakit dan sembuh adalah kehendak Allah SWT, dan satu ujian bagi manusia yang beriman. Tetapi janganlah kita buat-buat sakit. macam cerita seorang yang buat-buat cerita emaknya mati sehingga dapat cuti, akhirnya emaknya betul-betul mati. Secara kebetulan atau tidak apa yang terjadi didunia ini kadang-kadang disebabkan ikhtiar dan doa kita juga. Allahu aklam. – Cina Islam

Posted on 11 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: