Kajian : Majoriti mahu DUN Perak dibubar


Salam Perjuangan…

Hampir dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.

Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat “pilihan raya menerusi rakyat” diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai “hak” untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.

“Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Hanya 29 peratus yang mengatakan peranan istana menggambarkan kehendak rakyat.

Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6 dan 8 Februari lalu untuk mengukur percepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak.

Seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, berusia 11 bulan, telah tumbang apabila tiga wakil rakyatnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk bertindak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Kini Pakatan Rakyat dan BN mempunyai anggota sama rata iaitu 28 orang.Menteri Besar Perak yang baru mengangkat sumpah Jumaat lalu manakala barisan exconya pula Selasa lalu.

Mengenai penyelesaikan kepada krisis politik ini, seramai 33 peratus responden mahu pilihan raya yang baru dilangsungkan, 35 peratus lagi mengatakan pilihan raya kecil wajar diadakan di kawasan yang ADUNnya keluar parti manakala 28 peratus mahu kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu. – Mstar

Posted on 12 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: