Nizar akan failkan saman di Mahkamah Tinggi esok


Salam Perjuangan…

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato’ Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.

Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.

Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.

Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 97 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu. – Harakahdaily

Posted on 12 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: