Salah guna kuasa Zambry, dilapor ke SPRM


Salam Perjuangan…

Satu laporan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Abdul Kadir telah dilakukan oleh Pimpinan Parti Pakatan Rakyat di Pejabat Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 11.05 minit pagi tadi .

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, ADUN yang hadir pula ialah, Khalil Idham Lim (Titi Serong), Chang Lih kang(Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi),dan Siva Subramaniam (Buntong). Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Ketua Wanita PKR Perak, Pn Fatmawati dan penyokong PR yang lain.

Kehadiran rombongan dinanti oleh sekitar 30 orang wartawan dan berbagai akhbar.

Dalam kenyataan bertulis yang diedarkan dan sidang akhbar yang di sampaikan di perkarangan pejabat SPRM Nga Kor Ming menyatakan tujuan laporan dibuat ialah kerana salah guna kuasa Zambry melantik 4 orang bertaraf exco yang akan melibatkan perbelanjaan sekitar RM 250,000 . Jumlah untuk setahun ialah RM 1 Juta.

Perlantikan itu menurutnya menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan masih belum diluluskan dam Mesyuarat MMK. Selain itu juga belum mendapat perkenan DYMM sultan Perak.

“Pada hari pertama beliau masuk pejabat beliau mengumumkan dasar untuk membantu rakyat, tetapi jelas apa yang beliau umumkan adalah untuk kepentingan kroni dan salah guna kuasa ” Kata Yb. Nga.

Kelmarin Zambry mengumumkan pelantikan tiga Penasihat Menteri Besar dan Ketua Penerangan kerajaan negeri yang dilantik berkuat kuasa serta merta.

Nga Kor Ming ditemani oleh Khalil Idham Lim membuat laporan kepada dua orang pegawai SPRM yang memperkenalkan diri sebagai Firdaus dan Yap. – Cina Islam

Posted on 12 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: