Siapa beradab dan siapa khianat?


Salam Perjuangan…

Perak kini berada di dalam kemelut perlembagaan. Media massa yang dikuasai Barisan Nasional sudah dikerahkan untuk memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat dalam perang propaganda. Pertama, dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan insiden lompat ini dahulu. Kedua, Pakatan Rakyat dikatakan khianat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sememangnya Anwar telah memulakan jemputan kepada wakil-wakil rakyat BN untuk menyertai Pakatan bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi jemputan Anwar ini dibuat dari awal, secara terbuka.

Malangnya, kali ini tindakan rampasan kuasa BN pimpinan Dato’ Seri Najib Razak diselubungi tipu daya, ancaman dan rasuah. Mula-mula, Dato’ Zainal Abidin Zin, mantan Timbalan Menteri Pertahanan mengakui membawa seorang pemimpin Keadilan Perak berjumpa Najib sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Pemimpin tersebut mendakwa Najib menawarkan wang RM50 juta untuk mendapatkan beberapa wakil rakyat sekaligus menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Selepas itu, YB Osman Jailu dan YB Jamaluddin Osman ditekan dengan pertuduhan rasuah ketika menjadi exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Kemudian, mereka hilang tanpa diketahui semua. Mereka mendakwa mereka cuti sakit, tetapi isteri mereka pun tidak tahu ke mana mereka pergi.

Kini, apakah status pertuduhan rasuah Osman dan Jamaluddin? Dahulu BN bermati-matian menuduh mereka bersalah, tetapi kini wujud dilema: jika mereka didapati tidak bersalah, rakyat akan menganggap itu sebahagian dari perjanjian untuk menyokong kerajaan BN. Jika bersalah dan dihukum, mereka boleh kehilangan kerusi mereka, dan lebih parah lagi, BN akan dianggap sanggup menerima sesiapa sahaja untuk mendapatkan kuasa mereka.

Anwar turut menulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memanggil sidang khas bagi membuat undi tidak percaya kepada kerajaan dalam dewan. Tawaran Anwar juga dibuat dengan tekad untuk membubarkan Parlimen selepas peralihan kuasa agar tindakan itu mendapat mandat rakyat. Tindakan Anwar penuh adab kepada keluhuran perlembagaan dan prinsip demokrasi.

Namun, BN yang sebelum ini berhasrat menggubal undang-undang lompat parti kini diam membisu tentang mendapat mandat rakyat. Dewan Undangan Negeri sebagai institusi legislatif negeri dibelakangkan. Apatah lagi apabila Speaker DUN telah pun memutuskan Osman dan Jamaluddin meletak jawatan. BN boleh mempertikaikan hakikat tersebut, tetapi mereka hendaklah ambil tindakan mahkamah memandangkan Speaker sudah pun membuat keputusan.

Pandangan peribadi saya, tindakan menukar parti bagi seorang wakil rakyat seiring dengan prinsip kebebasan berpersatuan dalam perlembagaan. Pilihan ini membolehkan wakil rakyat mempunyai kuasa ketika berhadapan dengan kuasa eksekutif dan pimpinan parti. Tetapi mereka seharusnya berani berhadapan dengan penilaian rakyat yang boleh mengukur sama ada tindakan mereka dibuat di atas prinsip atau tidak. Tindakan mereka juga hendaklah bebas dari sebarang tekanan, ugutan mahupun habuan.

Tentang persoalan kedua, tindakan ghairah Najib lah yang mahukan peralihan kuasa dibuat dengan apa jua cara yang telah mencemarkan kemuliaan institusi raja berperlembagaan di negara kita. Sekiranya Najib sanggup menggunakan tindakan beradab dengan meminta pembubaran DUN atau persidangan khas DUN seperti Anwar, institusi raja tidak akan terheret di dalam kontroversi ini. Tetapi beliau terlalu ghairah setelah gagal bertarung di dalam gelanggang pilihan raya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Khairy Jamaluddin pula cuba mengapi-apikan sentimen kononnya Pakatan khianat. Sebelum Mac 2008, Khairy cuba memakai topeng Ultra Melayu agar meraih sokongan. Tetapi selepas 8 Mac yang mana keangkuhan beliau turut dikatakan penyebab kehilangan sokongan BN, beliau berubah watak sehingga kelihatan pandangannya umpama pimpinan Pakatan. Tetapi sekali lagi dalam usaha mendapat sorakan orang ramai, beliau kecundang, memilih jalan pintas.

Pada Mac tahun lepas, penyokong parti mana yang mengibarkan kain rentang memanggil DYMM Sultan Terengganu “natang” (binatang)? Melayu hari ini tidak mudah lupa. Jelas, siapa beradab dan siapa khianat.

Najib menyatakan beliau bukan memulakan peristiwa lompat-melompat. Tetapi Najiblah yang memulakannya secara khianat dan tidak beradab. Pakatan menganjurkan peralihan kuasa, Najib memulakan rampasan kuasa. Nik Nazmi

Posted on 12 Februari 2009, in Isu Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: