Siapakah yang patut insaf , Nizar atau Zambry ?


Salam Perjuangan…

Menteri Besar Perak kudeta, Zambry Abd. Kadir ketika diminta mengulas mengenai hasrat Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mahu mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar tidak lama lagi. berkata ”Saya bersyukur kerana beliau telah sedar dan insaf. Saya mengalu-alukan tindakannya itu”.

Siapakah yang sepatutnya sedar dan insaf dalam perkara ini. Zamry yang memecah tradisi sebagai seorang yang berketurunan India yang pertama menjadi Menteri Besar di Perak. Sebetulnya dialah yang kena sedar dan Insaf kerana dengan cara kudeta dan rampasan kuasa paling kotor dalam sejarah politik Malaysia baru boleh dia menjadi Menteri Besar Perak.

Saya buka bermaksud untuk mengatakan orang berketurunan India tidak boleh menjadi MB Perak. Adakah sudah tidak ada Melayu yang layak dipilih sebagai MB Kudeta.Saya kasihan kepada Dato’ Ramly Zahari yang tidak dipilih sedangkan dialah Exco paling kanan di Zaman Tajol Rosli. Sudah 4 penggal dia jadi Exco.

Dalam masa yang sama siapapun dia adakah Melayu, Cina, Asli dan apalagi berketurunan India, pasti rasa malu dengan tindakan rampasan kuasa yang beliau lakukan di Perak.

Bila bertanya orang Pulau Pangkor , semua akan mengakui dia bukannya seorang Melayu.

“Ayahnya dipanggil dengan nama “Kadir maknondi” di Pulau Pangkor. sah dia bukan Melayu “. kata seorang kawan yang baru saya hubungi tadi.

Biarlah kita letakkan persoalan bangsa ketepi dan jauh-jauh. siapapun dia tidak akan dapat menerima kenyataan dengan tindakan Najib dan Zambry yang menafikan hak rakyat Perak dengan merampas hak yang telah ditentukan dalam PR ke 12 yang lepas.

Pemuda Umno ketika berlaku krisis antara Tan Sri Ghazali Jawi dengan Sultan Idris pada tahun 1974 telah memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”

Zambrylah yang sepatutnya malu, sedar dan insaf , ambilah cermin tiliklah muka kamu, tanyalah diri sendiri, layakkah aku jadi MB Perak ? – Cina Islam

Posted on 13 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: