Haram ceramah tindakan penakut, kata Presiden PAS


Salam Perjuangan…

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan mengharamkan ceramah di Perak sebagai satu tindakan yang penakut.

Bagi beliau, itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut. Sedangkan dia mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah. Itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju.

Beliau berkta demikian dalam sidang media selepas majlis ceramah untuk dana Palestin di Batu Enam, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Berikut adalah transkrip penuh sidang media itu:

Bagaimana keadaan di Perak sekarang ?

Di Perak kita tunggu proses pilihanraya yang akan diumumkan esok dan InsyaAlllah kita akan masuk pilihanraya atas nama Pakatan Rakyat. Di Bukit Selambau Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding dan di Bukit Gantang, PAS akan bertanding. Ini akan menunjukkan kerjasama yang lebih mantap

Bagaimana pula keadaan calon-calon ?

Calon-calon kita akan lihat pandangan daripada bawah dan pandangan semua pihak. Setakat ni dah ada beberapa nama yang dikemukakan, adalah 4, 5, 6 orang, kita akan pertimbangkan, tempatan pun ada luar pun ada, kita akan lihat dari segi sejauh mana kaji selidik yang akan dihasilkan daripada bawah.

Komen Datuk Seri tentang pengharaman ceramah

Itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut. Sedangkan dia mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah. Itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju. S – Jadi PAS akan terus ceramah ? J – Itu mengikut kesesuaian.

Kalau dia tidak benar ceramah, kempen macamana ?

Saya rasa ia takkan berlaku tak benarkan ceramah, InsyaAllah akan dibenarkan.

Apa saranan kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Perak

InsyaAllah kita akan menghadapi pilihanraya dengan bijak, dengan baik, dapat menjaga tatatertib, sebagaimana yang kita lakukan di Kuala Terengganu. Dan InsyaAllah kita tidak akan terpengaruh dengan kalangan yang melakukan provokasi. – Siasahdaily

Posted on 15 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: