Polis halang program ‘Jom Sertai PAS’!


Salam Perjuangan…

Petang kelmarin (Sabtu), program pelancaran ‘Jom Sertai PAS’ di Alor Setar berhadapan Pekan Rabu telah dihalang polis atas alasan keselamatan. Program tersebut dilarang diteruskan walaupun telah mendapat permit dari Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Antara pimpinan PAS yang hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, beberapa anggota Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah. Orang ramai kelihatan memenuhi ruangan pekarangan Pekan Rabu untuk menyertai kempen yang dianjurkan oleh pihak Pemuda PAS itu.

Bagaimana pun pihak polis dianggap biadap apabila menutup suis pembesar suara sebanyak dua kali dalam program tersebut. Selain itu, pihak polis juga merampas bunting kempen ‘Jom Sertai PAS’ dan backdrop yang digunakan dalam majlis berkenaan.

Yang menghairankan kita, mengapa polis bertindak sedemikian dan atas arahan siapa? Adalah tidak munasabah faktor keselamatan dijadikan alasan kerana majlis tersebut bukan diadakan di tengah jalan raya dan program yang dilangsungkan juga tidak ada unsur-unsur yang boleh mencetuskan kekacauan, pergaduhan dan huru-hara. Ia hanyalah majlis biasa untuk menarik penyertan orang ramai ke dalam PAS, sesuatu yang tidak salah di sebuah negara yang dikatakan mengamalkan demokrasi ini.

Ada yang mengandaikan pihak polis telah diarahkan oleh ‘tangan-tangan ghaib yang berkuasa’ untuk membatalkan program tersebut. Kedatangan orang ramai yang berbondong-bondong ke program itu, sebahagiannya untuk mengambil borang bagi menyertai PAS sangat meresahkan ‘tangan-tangan ghaib’ itu. ‘Tangan-tangan ghaib’ tersebut kelihatan takut, sangat takut kepada sintimen kebangkitan rakyat yang tidak dapat menahan sabar lagi dengan apa yang telah dilakukan Pemerintah terhadap mereka, termasuk insiden merampas kuasa di Perak.

Sekiranya tajuk program itu ialah ‘Jom Sertai UMNO’, polis bukan sahaja tidak akan mengganggu kelancaran majlis yang diadakan, malah akan memberi sepenuh kerjasama termasuk mengawal lalu lintas dan ketenteraman awam dan pebagai langkah kselamatan lagi.

Malaysia oh Malaysia, tanah airku!! – pendikar gunung kriang

Posted on 15 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: