Saya masih Speaker – Sivakumar


Salam Perjuangan…

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar menegaskan, beliau masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah.

Menurut Sivakumar, beliau dipilih untuk mengetuai DUN melalui pengundian, maka jawatan yang dipegangnya itu hanya boleh dilucutkan melalui proses yang sama.

”Ramai beranggapan saya telah hilang jawatan Speaker. Ini adalah tidak benar,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, sehingga kini, beliau masih menjalankan kerja-kerja atau bertanggungjawab sebagai seorang Speaker DUN Perak.

Menurut Sivakumar, pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan juga beroperasi seperti biasa selain beliau turut menggunakan kemudahan-kemudahan rasmi seperti kereta dan sebagainya.

Sementara itu, Menteri Besar kudeta , Zambry Abdul Kadir ketika diminta mengulas kenyataan Sivakumar memberi jawapan untuk melindungi tindakan yang jelas telah membelakangi undang-undang dengan berkata, ”Mereka kata pelantikan itu dibuat oleh DUN, saya nak tanya mereka pelantikan Menteri Besar dan Exco dulu dibuat oleh DUN ke?,”

Berkaitan surat yang didakwa telah dihantar oleh Sivakumar untuk merujuk pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri baru ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan negeri, Zambry berkata, beliau masih belum menerima apa-apa surat yang dimaksudkan.

Menjawab soalan lain, menurut Zambry, Menteri Besar kononnya mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana individu sebagai penasihatnya.

Zambry dilihat cuba mempertahankan tindakannya dengan berkata ”Kita tidak melanggar undang-undang, kita ikut apa peraturan-peraturan yang ada. Saya tak tahu apa yang mereka cakap,” kata beliau. – Cina Islam

Posted on 15 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: