Patutkah Najib Meletak Jawatan Jika Gambar Beliau Sedang Mandi Tersebar?


Salam Perjuangan…

Malaysiakini melaporkan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam tadi berkaitan gambar-gambarnya yang sedang tidur berbogel yang kini tersebar di internet dan MMS. Difahamkan foto-foto yang dirakam di atas sofa rumahnya itu diambil tanpa kebenarannya itu kemungkinan diambil oleh seorang bekas teman lelakinya.

Bagai mengantuk disorong bantal, Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bingkas mendesak Elizabeth meletak jawatan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

“Ini (tidur berbogel) adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan,” katanya kepada Malaysiakini.

Sama ada perbuatan Elizabeth tidur telanjang itu boleh digambarkan sebagai tidak bermoral bergantung kepada beberapa keadaan :

i) Adakah kelakuan seseorang itu di dalam rumahnya sendiri – makan, mandi, tidur, buang air besar dan buang air kecil dianggap tidak bermoral jika gambarnya di dalam keadaan sedemikian berjaya diambil oleh rakannya, musuhnya atau paparazzi yang khas diupah untuk tujuan memalukannya? Elizabeth dalam hal ini difahamkan diambil gambar ketika sedang tidur berseorangan di atas sofa rumahnya sendiri oleh bekas teman lelakinya.

Jika tidur dalam keadaan telanjang itu tidak bermoral, jika esok tersiar gambar Datuk Seri Najib sedang mandi telanjang di dalam kediamannya sendiri, wajarkah Khir Toyo menyatakan perbuatan Dato’ Seri Najib itu sebagai tidak bermoral dan dengan itu Najib patut letak jawatan? Atau jika ada orang yang berjaya mengambil gambar Khir Toyo yang sedang buang air kecil separuh telanjang di dalam rumahnya, adakah perbuatan itu juga boleh dianggap sebagai tidak bermoral dan dengan itu beliau patut meletak jawatan sebagai ADUN dan Ketua Pembangkang Selangor? Atau bagaimana jika gambar seorang menteri sedang berjimak dengan isterinya yang sah disebarkan oleh paparazzi, adakah perbuatan yang sah disisi agama itu juga boleh dianggap tidak bermoral dan dengan itu menteri itu patut meletak jawatan? Jika semua benda yang kita lakukan didunia ini – tidur, mandi, buang air dan berjimak dengan pasangan yang sah disisi agama dan undang-undang dianggap sebagai tidak bermoral, maka ramailah wakil rakyat yang patut meletak jawatan kerana kehidupannya yang dianggap tidak bermoral.

ii) Dalam Islam, terdapat adab tidur, antaranya dianjurkan tidur dengan pakaian yang menutup badan. Tetapi Elizabeth bukannya penganut Islam dan kita tidak tahu sama ada dalam agamanya tidur telanjang itu diharamkan. Jika beliau tidur berseorangan dalam rumahnya dan tidur telanjang itu tidak diharamkan oleh agamanya, apa masalahnya hingga beliau perlu meletakkan jawatan? Lainlah jika Elizabeth itu Islam, tentu pandangan kita lain sedikit…

iii) Membandingkan kes Elizabeth dengan kes Dr Chua Soi Lek seperti yang diketengahkan oleh Khir adalah tidak masuk akal kerana natijah di antara dua kes ini berbeza, seperti beza antara langit dan bumi. Dr Chua sudah berkahwin, ada keluarga dan beliau melakukan sex dengan seseorang yang bukan isterinya yang sah. Elizabeth pula diambil gambar ketika dalam tidur dan beliau tidak menyedari gambarnya diambil. Mengambil gambar orang yang sedang tidur telanjang memang boleh menjatuhkan moral mangsa yang gambarnya diambil itu, tetapi bolehkah perbuatan yang sewaktu dengannya seperti mandi telanjang dan buang air kecil bertelanjang atau separuh telanjang di dalam bilik yang bertutup boleh juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak bermoral? Lainlah jika ada gambar Elizabeth sedang tidur dengan Dr Chua, Dr Khir Toyo atau Dato Seri Najib di sebelahnya, ia memang sah satu perbuatan yang tidak bermoral dan haram di sisi agama kita !

Beberapa minggu lepas wakil rakyat PAS, yang juga EXCO kerajaan negeri, Dr Halimah Ali telah didakwa oleh sebuah blog ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Walaupun pemilik blog itu kemudiannya telah meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu itu, namun ramai yang tertanya-tanya ketika itu, siapa pula yang akan ‘kena’ selepas ini? Dan hari ini kita telah tahu siapa yang telah ‘terkena’ – Elizabeth.

Kepada YB-YB PR dan BN, mereka harus berhati-hati ketika sedang tidur, mandi atau buang air kecil. Jangan tidur telanjang, mandi telanjang atau buang air kecil telanjang atau separuh telanjang dan berjimak telanjang atau separuh telanjang dengan pasangan anda yang sah, takut nanti anda mangsa seterusnya……. – pendikar gunung kriang

Posted on 16 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: