ISU DERHAKA UMNO Seperti Cacing Kepanasan


Salam Perjuangan…

Isu Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak dieksploitasi sepenuhnya oleh UMNO dan seluruh media pencacainya. Sehingga saya sendiri naik muak untuk mendengar berita terutama Buletin Utama TV 3.

Sebulan dua ni saya sekeluarga telah beralih ke Astro Awani dan sesekali ke berita Bernama.

Melihat kepada paparan berita di TV 3 yang habis-habisan mengeksploitasi isu derhaka  cukup jijik dan jelas niat jahat apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang keterlaluan dan tidak benar.

Memejamkan mata pada isu penderhakaan yang sebenar lalu menuding orang lain yang derhaka  Inilah yang disebut oleh pepatah arab :


ضربني و بكى شتمني و اشتكى

“Dia pukul aku dia yang menangis dan
dia menghina aku dia yang buat report”

Inilah sikap UMNO dalam isu ini. Juga tidak ubah bagaimana seperti cerita perompak yang terperangkap dalam kepongan orang ramai, lalu ia menyorokkan barangan yang dirompak lalu dia turut sama buat-buat sibuk mencari perompak dan berteriak di mana perompak? Di mana perompak? Wal hal dialah perompak.

Hari ini UMNO berteriak penderhaka! Tangkap penderhaka! Ambil tindakan ke atas penderhaka! seolah mereka hero yang mempertahankan institusi raja-raja Melayu.

Awas!, melalui pepatah arab di atas dan cerita rakyat yang popular itu, kita boleh menangkap penderhaka yang sebenar. Mudah untuk mengenali mereka melalui tindakan mereka yang keterlaluan.

UMNO seperti cacing kepanasan dalam isu derhaka ini. Mereka lantang dengan teriakan agar penderhakaan di ambil tindakan kononnya merekalah hero dan pahlawan yang mempertahankan raja, sebenarnya ia adalah satu langkah dan sebagai usaha “hero usang” untuk menudung jenayah lama mereka.

Siapa yang boleh melupakan tindakan Tun Mahathir yang telah menelanjangkan institusi raja-raja Melayu sebelum ini. Soal Mahathir mahu membuang imuniti Raja-raja itu satu hal, yang lebih parah selepas imuniti dipakai ke atas dirinya sehingga ia menjadi Perdana Menteri Kuku Besi yang begitu lama memerintah Malaysia, dia juga telah menelanjangkan maruah dan aib raja-raja melalui media.

Siapa yang telah lupa peristiwa ini? saya percaya Sultan Johor dan Sultan Pahang tentu sahaja masih ingat apa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir selaku Presiden UMNO, Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri pada waktu itu.

Siapa yang telah lupa kepada UMNO Kelantan yang menabalkan sultan di pohon kayu kerana tidak bersetuju dengan Sultan Ismail Yahya Petra di Kelantan. Mereka juga mendedahkan kelemahan dan mendedahkan keaiban sultan di tahap yang memalukan lewat media milik mereka.

Begitu juga pengikut fanatik UMNO Terengganu yang menggelar Sultan Mizan kini Yang Di Pertuan Agong sebagai Binatang dalam konflik perlantikan MB di Terengganu selepas pilihanraya umum yang lalu.

Siapa yang lupa segala peristiwa ini?

Sebab itulah UMNO seperti cacing kepanasan. Berteriak ke sana ke sini, melalak dalam media tak habis-habis sampai hari ini kononnya mereka nak menangkap penderhaka. Siapa yang menderhaka?

Tiada sepatah keluar perkataan dari Dato’ Seri Nizar yang menghina Sultan Perak. Adapun permohonan “sembah derhaka” itu adalah rutin bahasa istana apabila ada perkataan atau permohonan yang berbeza dengan pihak istana. Saya percaya Mufti Perak Dato’ Seri Harussani juga biasa menggunbakan perkataan itu.

UMNO tiba-tiba jahil dengan bahasa Istana dan menjadikan itu sebagai bahan jenaka bodoh mereka sepanjang musim ini.

Zaman Tok Nadok mungkin UMNO boleh menguasai pemikiran rakyat dengan propaganda media mereka. Tetapi ini zaman IT, di mana rakyat boleh access maklumat di mana-mana dan mereka banyak pilihan untuk menerima maklumat alternatif.

Saya yakin rakyat tidak mudah terpedaya. Lihat sahaja lah dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu sebelum ini. Kalau lihat kepada propaganda media mereka khasnya TV 3, seolah-olah hanya UMNO dan BN yang bertanding di Kuala Terengganu dan mereka boleh menang besar.

Tetapi apabila keputusan pilihanraya diumumkan, ternyata rakyat jelas tidak terpengaruh dengan dakyah atau propaganda jelek UMNO dan BN.

Sebenarnya, lagi kuat UMNO serang guna TV 3 ni, rakyat semakin mual dan loya seolah-olah tidak ada cerita lain dan terlalu ketara sikap berat sebelah mereka. Hanya kenyataan Pak Lah, Tok Najib, Hishamudin, pas tu balik Pak Lah semula, kemudian Tok Najib dan Najib dan Najib pas tu Rosmah keluar sekejap dengan rupa garangnya, pas tu Muhyidin sesekali, pas tu Najib semula ….. aaaaah, nak termuntah !

Kalau lah TV ni harganya 30 sen sebijik ….😦 – EPISODE SEBUAH
PERJUANGAN

Posted on 17 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: