UMNO Semakin Tertekan


Salam Perjuangan…

Tidak sukar untuk mengesan tekanan yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN.

Apabila Harakah dan Suara Keadilan dirampas, ceramah umum tidak benarkan, polis dikerah untuk menangkap pemimpin pembangkang dengan pelbagai alasan di bawah pelbagai akta pula seperti akta hasutan, akta cetak, akta polis dan lain-lain termasuk menggunakan ISA. TV pula menggila dengan laporan dan ulasan sebelah pihak.

Ini bermaksud UMNO dan BN telah kehilangan daya dan kehabisan upaya untuk berdialog dan berdepan secara intelektual berasaskan hujjah dan berpaksi pula kepada kebenaran.

Laksana Namrud a’laihi laknatullah yang pernah menggunakan kekerasan dengan menangkap dan kemudiannya melempar Nabi Allah Ibrahim as. ke dalam unggun api yang besar setelah gagal menimbulkan kekeliruan dan tewas hujjah dengan Nabi Ibrahim as.

Langkah yang sama biasa diambil oleh penguasa-penguasa zalim di sepanjang zaman. Mereka sering menggunakan mantiqul quwwah [hujjah kekuatan] berbanding quwwatul mantiq [kekuatan hujjah].

Bayangkan betapa UMNO dan BN yang menguasai media cetak dan elektronik dalam negara malah mampu menyebarkan maklumat kepada hampir 30 juta penduduk dengan begitu pantas masih bertindak bodoh dan liar dengan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta menghalang ceramah umum anjuran PAKATAN.

Jika mereka benar-benar kuat dan yakin rakyat bersama mereka sebagaimana yang di dakwa, untuk apa mereka menggunakan kekerasan dan menjadikan polis serta pelbagai institusi bagi melindungi kepentingan mereka. Malainkan sebenarnya UMNO dan BN lemah dan kini dalam keadaan tertekan.

Trauma menghadapi keputusan pilihanraya umum ke 12 yang dialami oleh UMNO dan BN masih belum pulih sepenuhnya. Bahkan ia membuatkan UMNO dan BN mudah hilang pertimbangan dan cepat pula hilang kawalan.

Hasil kajian saintifik, mereka yang belum pulih sepenuhnya dari trauma teruk yang dialami biasanya terdedah kepada perlakuan-perlakuan ganjil malah mampu mendatangkan mudarat kepada dirinya sendiri. Mereka boleh bertindak nekad dan mengganas tanpa sebarang nilai peri kemanusiaan dalam jiwa mereka.

Saya lihat inilah yang sedang dialami oleh UMNO dan BN sebuah parti yang telah mengalami trauma yang teruk dan kini dalam proses pemulihan yang sukar. Tengku Rithaudeen sendiri pernah mencadangkan agar wanita, pemuda, putera dan puteri UMNO di bubarkan demi merawat atau memulihkan UMNO. Jika tidak, UMNO akan binasa. – EPISODE SEBUAH PERJUANGAN

Posted on 17 Februari 2009, in Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: