Filem ‘blockbuster’ untuk PRK Bukit Gantang !


Salam Perjuangan…

Sangat Wajar. Bukan wak cakap. Ingat lagi? Sewaktu Dr Mahathir bergaduh dengan Sultan kali kedua dulu-dulu, sepanjang tempoh dua minggu, tiap-tiap hari TV1 menyiarkan filem “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Raja-Raja Melayu. Ingat ker lagi ! wak tetap ingat kerana masa tu wak ikut habis cerita panggung ni walaupun wak masa tu masih di universiti, dan masih terikat dengan AUKU !

Hohohoho..! Fikirlah secara lebih terbuka, bukan fikir emosi ! dan bukan juga kerana kena fikir sebab benci ! Kalau dibanding tindakan MB Nizar dan Tun Mahathir dahulu, macam langit dengan bumi. Tapi sampai sekarang tak dak pun orang Umno maki Tun Mahathir kerana tindakan beliau memalukan Raja-Raja Melayu dulu ? Pasal apa ? hangpa tanya pada orang Umno ? wak tak mau jawab !

Ingat lagi ! Kalau dahulu TV1 boleh buat dan tayang filem tu, kenapa PR tak boleh? Lepas ni wak suggest pi tayang filem tu masa kempen, 24 kali sehari kat Bukit Gantang, buat juga vcd penerangan masukkan sekali babak2 penting dari filem tu, sebar !!

Dalam vcd penerangan tu, masukkan juga babak-babak ‘trajis’ dari KK gate :

1. masa FRU menembak ‘tear gas’ kat masjid.
2. masa FRU menolak 2 wanita di tengah-tengah jalan.
3. budak lelaki yang pengsan akibat terhidu banyak sangat gas.

Biarlah semua rakyat Perak lihat dengan mata sendiri permulaan pemerintahan kuku-besi, Sudahlah…! Jangan pula Umno mengata dulang paku serpih, mengata orang mereka yang lebih!

* filem ‘Antara 2 darjat ‘ juga boleh difikirkan untuk tujuan ini, Betul tak cakap wak ni !! – albanjari

Posted on 18 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: