Foto Eli: Terhibur Dengan Lawak TV3


Salam Perjuangan…

Tadi saya menonton siaran berita jam 8.00 malam TV3. Apa lagi berita utamanya, jika bukan kisah tidur separuh bogel ADUN Bukit Lanjan. Siap dengan gambar Elizabeth sedang tidur lagi, tapi cuma bahagian atas yang dipaparkan TV3. Nasib baiklah yang menyimpan gambar bertaraf ‘tidak bermoral’ itu TV3, jika pihak lain, silap-silap kena tangkap kerana menyimpan gambar lucah.

Yang menarik perhatian saya ialah apabila TV3 dalam analisis beritanya membandingkan kes Elizabeth dengan kes 2 orang lagi tokoh politik yang terpaksa meletakkan jawatan kerana melakukan perbuatan ‘tidak bermoral’. Mereka yang dimaksudkan ialah bekas Speaker Dewan Rakyat, Vijandran, yang terpaksa meletak jawatan kerana kes rakaman video lucah bersama teman wanitanya pada 1988. Yang kedua ialah kes Dr Chua Soi Lek yang juga terpaksa meletak jawatan selepas terbongkar rakaman video lucah bersama teman wanitanya.

Tentunya saja analisis berita TV3 yang cuba membandingkan kelakuan ‘tidak bermoral’ Elizabeth dengan Vijandran dan Soi Lek agak melucukan. Ini kerana gambar Elizabeth diambil ketika beliau sedang tidur, manakala video lucah Vijandran dan Soi Lek diambil dalam keadaan mereka sedar sepenuhnya apa yang dilakukan.

Membandingkan tidur ‘tidak bermoral’ Elizabeth dengan hubungan sex ‘tidak bermoral’ Vijandran dan Soi Lek adalah tidak tepat, kecualilah jika Vajindran dan Soi Lek melakukannya dalam keadaan mereka tidur dan tidak sedar diri atau lebih tepatnya mereka melakukan perbuatan ‘tidak bermoral’ itu di dalam mimpi! Tetapi dua tokoh politik lelaki itu melakukan adegan sex itu dalam keadaan sedar, tetapi mengapa pula ia dibandingkan dengan wanita yang ‘terdedah’ dalam keadaan tidak sedar diri?

Kadang-kadang fikir saya terhibur juga menonton TV3 ini, kerana lawaknya memang boleh tahan! – pendikar gunung kriang

Posted on 18 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: