Letak Jawatan Kerana Tertidur


Salam Perjuangan…

TV3 pada jam 9.00 malam tadi menyiarkan berita Menteri Kewangan Jepun yang dipaksa oleh rakan-rakan partinya untuk meletakkan jawatan kerana tertidur ketika menghadiri satu persidangan antarabangsa. Partinya dan Kerajaan Jepun menganggap perbuatannya tertidur dalam mesyuarat sebagai sesuatu yang memalukan rakyat Jepun. Menteri Kewangan itu pada mulanya enggan meletakkan jawatan dan mengemukakan surat pengesahan doktor bahawa dia mengambil ubat selsema yang menyebabkan beliau mengantuk dan tertidur. Tetapi penjelasan Menteri Kewangan itu tidak dapat diterima oleh Kerajaan Jepun.

Akhirnya Menteri Kewangan Jepun itu terpaksa meletakkan jawatan.

Bila bercakap mengenai tertidur semasa mesyuarat, saya teringat kepada mantan Menteri Kewangan kita yang selalu dilabel sebagai ‘kaki tidur’ dan pernah tertidur dalam mesyuarat, termasuk mesyuarat partinya. Tetapi partinya tidak pernah mendesak mantan Menteri Kewangan itu meletakkan jawatan hanya kerana dia suka tidur. Mungkin kerana ketika itu selain dari jawatan Menteri Kewangan, dia juga adalah Perdana Menteri, jadi tiada siapa dalam parti yang berani menegurnya.

Tetapi mantan Menteri Kewangan dan kini Menteri Pertahanan itu akhirnya mengumumkan akan meletak jawatan tidak lama lagi. Bezanya dia letak jawatan bukan kerana masalah suka tidur, tetapi kerana partinya kalah banyak kerusi dalam pilihanraya umum yang lepas. – pendikar gunung kriang

Posted on 18 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: