Mukhriz, Khairi dan Khir Semuanya OK!


Salam Perjuangan…

Sambil ‘berebut’ remote control dengan orang rumah yang nak tengok drama Melayu bersiri, saya sempat juga menonton Hujah di TV9. Tiga calon Ketua Pemuda Umno beraksi di DBP. Mereka ‘bersilat’ lidah.

Kalau saya jadi perwakilan pemuda Umno tentu saya terpaksa bawa bekalan Panadol Actifast. Saya perlu telan sebelum masuk mengundi jawatan Ketua Pemuda Umno. Ketiga-tiga calonnya hebat belaka. Semua elok dan pandai seperti kata pengacara.

Masing-masing ada kekuatan dan kehebatan. Mukhriz dengan gaya kedewasaannya, Khairi dengan kelincahannya dan Khir dengan kecaknaannya. Kalau mereka tersenarai sebagai calon menantu, garu kepala juga dibuatnya. Tapi itu tak jadi masalah sebab mereka bertiga sudah punya bapa mentua.

Mukhriz Nampak lebih berhati-hati, Khairi nampak lebih konfiden dan Khir nampak lebih warak dan tawadhuk. Ketiga-tiga sifat itu juga boleh diletakkan secara bersilang antara mereka bertiga. Itu tak jadi masalah.

Mereka bertiga yang datang dengan penyokong masing-masing juga sering mendapat tepukan gemuruh terutamanya ketika Anwar dihentam. Di sela-sela mereka menonjolkan kebijaksanaan masing-masing, sempat juga mereka menghentam Pakatan Rakyat. Ya, mereka perlu jadi hero. Kalau tak nampak macam hero, macam mana mereka bakal terpilih di kalangan perwakilan yang semuanya adalah hero-hero belaka.

Tapi saya tak dapat nak kawal diri bila tengok mereka. Tengok Khir, teringat kes rasuahnya semasa jadi MB Selangor dulu. Tengok Khairi, teringat kepada apa yang dia buat untuk jatuhkan Kelantan pada PRU-12 yang lalu. Tengok Mukhriz pula teringat bapanya dan apa yang bapanya buat.

Ingatan-ingatan itu mengganggu saya daripada memberi tumpuan terhadap hujah mereka. Sekali-sekala pula saya merungut, “Aahh…sudahlah, bercakap macam wali, nak bela Melayu, nak bela Islam, nak bela negara, konon…”

“50 tahun lebih BN perintah negara, hari ini bercakap nak bela semua itu, sudahlah!”. Kali ini suara rungutan saya agak tinggi.

“Kalau nak marah-marah, nak rungut-rungut, tukar siaranlah. Baik tengok drama Melayu”. Orang rumah pula merungut kerana ganggu dia. Ke situ pula dia. Kacau betullah.

“Khir ni pun satu hal. Adakah dia boleh samakan kekalahan BN di Selangor dalam PRU-12 yang lalu dengan kekalahan nabi dalam peperangan Uhud. Tengok tu, ada penonton di dewan DBP yang geleng-geleng kepala tak setuju dengan Khir”, rungutan saya makin kuat.

“Tukar siaranlah”, orang rumah menyambung.

Saya pun tukar siaran dan tak merungut lagi.

Bukan itu sahaja, saya juga tak perlu pening kepala kerana saya bukan nak jadi perwakilan pemuda Umno, sebab saya pemuda Pas.

Pemuda Umno nak pilih siapa sebagai ketua mereka, itu mereka punya pasallah.

Ketiga-tiga mereka sama saja, Umno. – bila sauh dibongkar

Posted on 18 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Salam Ziarah, boleh lawat http://tulahan.blogspot.com/ kupas isu Calon Ketua Pemuda umnoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: