Rasuah berleluasa kerana hilang kehebatan Undang-undang, penguatkuasaan – Presiden PAS


Salam Perjuangan…

Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mendakwa gejala rasuah yang melanda pentadbiran negara hari ini sebenarnya berikutan hilangnya kehebatan undang-undang dan penguatkuasaan.

“Kehebatan ini memerlukan satu pendidikan kepada semua pihak.Saya melihat yang pertama kes-kes rasuah yang besar banyak yang dilupakan atau dilenyapkan.

“Ianya seperti kes KWSP, Maika Holding dan lain-lain.Apabila ia dilupakan atau dilenyapkan ini menjadikan ketidakpercayaan ataupun hilang kehebatan dalam menangani masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat semalam.

Selain itu rasuah menjadi budaya mutakhir ini kerana aspek agama tidak dijadikan benteng menghalangnya, katanya.

“Rasuah adalah maksiat termasuk dosa besar.Namun ia hanya dilihat dari segi undang-undang (dunia) sahaja,” katanya.

Beliau berharap kesalahan rasuah ini dikaji dengan merujuknya kepada persoalan kesalahan di sisi agama.

Ia katanya, perlu dipertimbangkan hak kepada pentadbiran agama untuk bertindak bagi orang Islam dalam menangani rasuah.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz yang menjawab soalan Presiden PAS itu menafikan kes-kes membabitkan ‘ikan jerung’ tidak disiasat.

Sebaliknya kata beliau pihak kerajaan akan bertindak ke atas kes rasuah tidak mengira kecil atau besar, malah beliau menyetujui mana-mana agama menganjurkan kebencian kepada rasuah. – Harakahdaily

Posted on 18 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: