Sidang tergempar DUN Perak Selasa ini


Salam Perjuangan…

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan (3 Mac) untuk membahaskan dua usul bagi menangani krisis politik negeri tersebut.

Menurut laporan, beliau menggunakan kuasanya di bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas – yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka – juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

Menurut agensi berita, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidangan biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadir bagi menyertai sidang itu.

Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan.

Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi.

Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Dato’ Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Dato’ Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan.

Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut. – Harakhdaily

Posted on 28 Februari 2009, in Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Persoalan2 yang saya ajukan adalah;

    Apa kah Standing Order itu undang2? Jika bukan, apakah ianya boleh mengatasi keputusan dan perlantikkan yang dibuat Sultan dibawah Undang2 Tubuh Negeri (State Constitution) dengan menggantungkan EXCO baru dan menghalang mereka (Dato Zamri dan exconya) dari menjalankan tugas?

    Siapa yang Tuanku di Perak – Speaker DUN atau Sultan Raja Azlan Shah?

    Siapa ketua eksekutif tertinggi di negeri Perak. Sultan atau Speaker DUN?

    Inilah masaalahnya jika Standing Order tidak dibaca dengan menyeluruh mengenai kedaulatan dan ketuanan Sultan seperti termaktub dibawah Undang2 Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

    Perlu faham bahawa Sultan Raja Azlan Shah bukan sahaja Tuanku dinegeri Perak bahkan salah seorang ahli Majlis Raja-Raja (atau Majlis Pemerintah2) bagi Persekutuan Malaysia. Malaysia adalah sebuah persekutuan (Federation) hasil gabungan negeri-negeri Tanah2 Melayu yang berdaulat dibawah Tuanku2 masing-masing. Inilah yang Dato Seri Nazri Aziz, Menteri di JPM mngatakan “Malay Lordship” bukannya “Malay Supremacy”. Lebih tepat jika disebut “Ketuanan Raja-Raja”. Inilah sejarah Malaysia dibentuk atas muafakat dan sepakat Raja-Raja Tanah Melayu.

    Maka bagi Persekutuan Malaysia, kuasa exsekutif tertinggi (Fasal 39) terletak pada kuasa Yang DiPertuan Agung selaku wakil kepada Majlis Raja-Raja (Majlis Pemerintah2).
    Saya ada terdengar diTV3 baru-baru ini, Dr Marzuki, pensyarah Sains Politik IIUM disebuah persidangan menyebut dibawah Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak, Sultan Perak adalah Ketua Exsekutif Tertinggi bagi Negeri Perak.

    Ibarat seorang guru besar sekolah mengenepikan dasar dan ketetntuan Menteri Pendidikan atau Yang DIpertua Persatuan Ibu Bapa Guru melawan ketetapan Guru Besar Sekolah itu sendiri.

    Contohnya – Police Standing Order (Peratturan Tetap Polis) yang bukan Undang2 tidak boleh mengatasi Undang2 Kanun Prosedur Jenayah. Begitu juga, sebuah Standing Order DUN, tidak boleh disegi Undang2 membelakangkan kuasa dan keputusan Sultan yang dibuat dibawah Undang Tubuh Negeri Perak iaitu, tidak membubarkan DUN, memecat MB Dato Seri Nizar dan EXCOnya dan melantik MB baru Dato Dr Zambri dan Exconya.

    Sementara menunggu keputusan mahkamah, speaker DUN tidak berhak bertindak seolah-olah dia adalah ketua eksekutif dinegeri Perak mahupun bertindak seperti Hakim Besar Malaya dengan mendahului Mahkamah mengesahkan bahawa Dato Seri Nizar adalah MB yang sah

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: