Sudah Tiba Saat Zambry Menentukan Jantinanya


Salam Perjuangan…

Krisis perlembagaan Perak semakin gawat apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil Menteri Besar dan mantan Menteri Besar untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu. Demikian menurut berita yang dipetik dari Malaysiakini.

Selain Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir, lapor Bernama. Katanya, PAC yang mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh kelmarin memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat menteri mesar baru dan ketua penerangan kerajaan negeri.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semalam.

Nampaknya keadaan politik panas Perak tidak jua reda sejak rampasan kuasa berlaku pada 6 Februari lalu. Pada hari Selasa ini Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diadakan dan 2 hari lepas itu Zambry dan Nizar perlu pula berhadapan dengan PAC. Nampaknya Zambry perlu melalui ujian getir bagi mempertahankan sebuah kerajaan rapuh yang dibina melalui rampasan kuasa.

Hanya ada satu jalan untuk Zambry keluar dari kemelut panas itu – bubarkan DUN dan memohon restu rakyat dalam dalam pilihan raya baru. Biar rakyat sendiri menentukan siapa yang berhak menerajui tampuk kekuasaan di Perak. Itulah yang selalu dilakukan oleh Ketua-Ketua Kerajaan di luar negara – kembali kepada suara rakyat. Di dalam negara, Pairin Kitingan pernah melakukannya dengan membubarkan DUN Sabah selepas melaui kemelut politik panas seperti yang berlaku di Perak kini. Namun hanya Ketua-Ketua Kerajaan yang berani dan jantan saja mampu melakukan langkah sebegitu.

Apakah Zambry seorang jantan yang berani dengan tidak menentang usul membubarkan DUN? Atau beliau cuma seorang betina yang bersembunyi di balik bayang-bayang seorang big papa bernama Najib? Kini saat terbaik untuk Zambry menentukan jantinanya – sama ada seorang jantan atau betina. – pendikar gunung kriang

Posted on 1 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: