Cubaan kencing Nizar berkomplot lagi ?


Salam Perjuangan…

“Dia buat benda tu macam cerita kartun,” kata Zambry Abdul Kadir seperti disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia kelmarin bertajuk “Macam ‘kartun’ – Zambry”.

liputan akhbar tentang MB kudeta di Taiping kelmarin. Siapa yang kartun ?

liputan akhbar tentang MB kudeta di Taiping kelmarin. Siapa yang 'kartun' ?

Berbagai hujah dan alasan sekali lagi dibentangkan bagi menjawab berbagai pertanyaan dari rakan media. memang mudah dia menjawab bagi menutup dan menghalalkan segala muslihat dan kerja jahat yang dilakukannya bersama Najib sehingga jatuhnya Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.

Sebenarnya Zambrylah yang jadi kartun dan Sivakumar adalah pelukisnya. Dalam banyak hal kita lihat serangan dan keputusan yang dibuat oleh Speaker menampakkan Zambry sentiasa terdesak dengan jawapan yang menampakkan orang yang hilang punca..

Dalam banyak hal Zambry telah dapat menyampaikan maklumat kepada umum dalam media yang berat sebelah melapor situasi di Perak. Namun dia sebetulnya gagal untuk meyakinkan rakyat kerana kenyataannya tidak ada satu pun yang diiringi dengan tindakan yang konkrit.

Bial tidak ada tindakan pati orang menganggap dia sudah jadi kartun dek lakaran seorang Speaker yang pandai mengambil keputusan tanpa membelakangi peraturan yang sedia ada.

Kelmarin Zambry membuat kenyataan yang membuktikan dialah kartun,kata Zambry seperti yang dipetik berkata :-

  1. Keputusan yang diambil oleh Sivakumar jelas bertentangan dengan peruntukan terkandung dalam Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak yang menyatakan bahawa sebarang persidangan DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak terlebih dahulu.
  2. Apa yang dibuatnya adalah sesuatu yang tidak mengikut Perlembagaan dan bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan tetapi sengaja tidak menghiraukannya kerana mahu mengikut kata hati.
  3. Jika kita baca beberapa perkara dalam Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak, ia jelas menunjukkan bahawa sebarang persidangan DUN yang hendak diadakan hendaklah mendapatkan perkenan Tuanku
  4. Zambry berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Sivakumar mengadakan sidang tergempar itu memandangkan sudah menjadi kebiasaan Speaker itu bertindak mengatasi Sultan.
  5. Dia merasakan segala tindakannya mahu mengatasi Sultan. Kalau orang kata ‘Singh is King, tak tahulah kalau Siva (Sivakumar) juga King’
  6. Dia buat benda tu (sidang tergempar) tetapi halang 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menghadirinya
  7. Jika benar Sivakumar mahu membubarkan DUN, ia sepatutnya dibuat secara demokrasi dengan memanggil semua 59 ADUN hadir pada mesyuarat tersebut
  8. Rakyat boleh membuat analisis sendiri tentang sikap sebenar pemimpin pembangkang yang selama ini kononnya bersungguh-sungguh memperjuangkan demokrasi di negara ini
  9. Mereka (pembangkang) sepatutnya tidak mengamalkan sikap pilih kasih. Dalam konteks ini, kita kena ikut peruntukan undang-undang. – albanjari online

Posted on 2 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: