Siapa lawan siapa ?


Salam Perjuangan…

Muktahir ini di Perak tak habis habis cerita lawan tauke. Terkini Setiausaha DUN menyanggah speaker. Sebelum ini Setiausaha Kerajaan Negeri lawan Menteri Besar. Apa hal ni Yob? Mana tuan mana kuli. Sejak bila setiausaha boleh sanggah bos ni???

Politik dan undang undang dah jadi caca merba. Semuanya gara gara rampasan kuasa. Siapa yang buat huru hara??? siapa yang menarik raja terjun dalam timbunan Najis mabuk kuasa mereka. Setelah mereka melondeh pakaian kebesaran dan imuniti raja suatu ketika dulu, kini mereka menarik raja bergelumang dengan politik bernajis mereka.

Apabila orang gila kuasa berkuasa pastinya kuasa gila itu akan menjadikan semuanya kelihatan serba tak kena dan serba gila. Kesannya orang yang takde kuasa seperti setiausaha pun rasa macam ada kuasa. Penyudahnya setiausaha DUN merampas kuasa speaker DUN. kuasa memanggil ADUN.

Pastinya anda memerhatikan nama yang bertindak di sebalik kemelut yang terjadi ialah orang yang sama . Nama mereka adalah antara 10 yang telah saya senaraikan lalu dalam posting 19 februari. Dalam isu hari ini Kamal tak syahid pula berperanan. Beliau adalah penasihat undang undang negeri BUKAN penasihat Dewan Undangan Negeri!! WOI tak reti bahasa ke…. atau memang GILA KUASA????

Beliau cuba menghalang persidangan yang diputuskan selasa ini. Menurut Ngeh Ko Ham, kalau Setiausaha tidak menghantar notis, Speaker ada jalan lain. Rakyat Perak sedang menanti dan melihat dengan penuh hati hati. Ini bukan soal gula naik atau TOL naik. Tetapi ini ialah soal masa depan dan hala tuju kerajaan Negeri.

Sehingga kini tiada ulasan rasmi dari Mulut Baginda Sultan Namun kakak tua yang berkeliaran di keliling istana sering menjual nama sultan dan Istana. Jalan semakin sukar hanya kerana simpulan awal yang tak dirungkai. Pastinya semakin jauh ia semakin sukar. Simpulan pertama MESTI dibuka dulu. hanya mulut Sultan mampu membukanya Kuncinya :Perkenan bubar DUN!!!! – albanjari Online

Posted on 2 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: