‘Seret ke mahkamah, saya dedah Najib’


Salam Perjuangan…

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa tidak berminat menyiasat aduan seorang pemimpin PKR berhubung dakwaan perucubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat agar melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak.

Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, SPRM nampaknya tidak berminat untuk bertindak terhadap Najib.

Sebaliknya polis seolah-olah diarah untuk bertindak terhadapnya berhubung akuan berkanun yang mengandungi butiran dakwaan tersebut, katanya lagi.

“Saya telah dipanggil oleh pihak C Team Ipoh pada 10 Februari 2009 untuk diambil keterangan.

“Tetapi selepas itu saya berkali-kali dihubungi oleh pihak polis untuk datang memberi keterangan tambahan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Tambahnya, kelmarin beliau diminta ke Cawangan Jenayah Berat (D7) Ipoh untuk diambil keterangan berhubung akuan itu.

Dalam akuannya bertarikh 2 Februari lalu, Fauzi mendakwa Najib menawarkan sejumlah wang untuk memujuknya melobi dua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Putrajaya beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lepas.

Fauzi mendakwa, beliau ditawar RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

Sehubungan itu, Fauzi mempertikaikan motif dan tujuan polis menyiasatnya dalam kes tersebut sedangkan akuan berkanun yang dibuatnya itu untuk tindakan SPRM.

Katanya, beliau amat kecewa kerana polis bertindak di luar bidang siasatan kerana pihak Najib sendiri tidak membuat laporan terhadapnya.

“Sehubungan dengan ini, saya ingin menegaskan dan mendesak pihak polis yang cukup serius menyiasat akuan bersumpah saya itu, agar segera mendakwa saya di mahkamah.

“Saya bersedia untuk ke mahkamah di mana saya akan berpeluang mendedahkan semua bukti yang saya ada termasuk rakaman tentang perbualan dan perbincangan saya tentang isu membeli Adun-Adun Pakatan yang diusahakan oleh Najib,” kata Fauzi lagi.

“Saya mendesak polis agar segera mendakwa saya di mahkamah adalah kerana saya tahu pihak SPRM dan polis pasti tidak akan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah terhadap apa yang telah saya laporkan.

“Jadi jika mereka mendakwa saya, itulah saja jalan yang terbaik untuk saya berdepan dengan Najib di mahkamah dan mendedahkan segala bukti-bukti yang ada pada saya terhadap rasuah dan pembelian Adun yang melompat parti dan menyokong BN.” – Malaysiakini

Posted on 4 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: