Halang “Sidang Tergempar Dun Perak”, BN gali kubur sendiri


Salam Perjuangan…

Tindakan Barisan Nasional (BN) menghalang sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dengan mengunci pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan dianggap cubaan mengali kubur sendiri.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menegaskan apa yang dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu jelas tidak demokratik dan tidak menghormati suara rakyat.

“Ini merupakan satu perbuatan penyalahgunaan kuasa dan tidak menghormati kedudukan speaker dari segi undang-undang,” tegas beliau.

Apa yang dilakukan oleh BN ini jelas mengambarkan mereka kini benar-benar takut untuk menghadapi realiti semasa di mana rakyat semakin menolak parti tersebut.

Rakyat kini, kata beliau benar-benar marah dengan tindakan BN hingga ada yang berjanji jika diadakan pilihan raya mereka akan memastikan BN bukan sekadar kalah tetapi akan hilang wang pertaruhan.

Nasharuddin juga menegaskan jika perkara ini berterusan ia akan memberikan kesan yang cukup tidak baik untuk negeri Perak.

Beliau juga menegaskan apa yang dilakukan oleh BN ini memberikan gambaran kerakusan sikap Najib sebagai bakal Perdana Menteri.

“Saya sering menegaskan belum pun sempat beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Najib sudah menunjukkan sikap rakusnya,” tegas beliau.

Sehubungan dengan itu beliau mendesak agar Najib mengikut saranan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat menentukan pilihan mereka.

Pada 2 Mac lalu Setiausaha Dun memutuskan agar pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab ditutup.

Notis Penutupan berkenaan telah ditampal di kompleks yang menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak. – Harakahdaily

Posted on 5 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: