Orang Umno Mesti Bangga!


Salam Perjuangan…

Wah! Banyak kagum la ini hari. Banyak gambar boleh tengok pasal apa yang terjadi dekat negeri Pasir Berdengung semalam. Macam-macam benda pelik yang boleh tengok. Tak pernah terjadi dekat tempat lain, tapi dekat sini ada. Tapi saya rasa mesti orang-orang Umno kampung saya banyak suka. Pasal dia ada ramai geng. Geng songkok hitam ada, geng topi merah ada dan macam-macam geng lagi ada.

Mesti tok iman kampung saya juga turut bangga. Sebagai seorang yang daripada kecil sampai ke besar sokong Umno, dia bangga pasal keanggotaan Umno terdiri daripada macam-macam ada. Lepas itu semuanya kelihatan gagah perkasa dan samseng-samseng belaka. Tapi tak pasti pulak tok iman baca blog ke tidak, pasal tak pasti gambar-gambar yang akan disiarkan ini keluar kat tv atau tidak.

Mungkin pakcik ini rasa dia paling kuat dalam dunia ini. Lagipun dia ada pangkat ayahanda dalam p****a katanya. Takutnya saya. Mesti orang-orang PR takut. Yalah, orang Umno mesti bangga kan. Tangan dia pun bagi isyarat baik punya. Eh! Dia orang Melayu ke? Pejuang Melayu ke ni? Tapi isyarat ni rasanya orang Putih je yang pandai buat. Ooo. Tuk dia dulu pernah belajar dengan orang putih British yang pernah jajah Tanah Melayu, jadi ilmu tu diturunkan kepada cucunya Si Songkok Hitam.

Mesti orang Umno kampung saya bangga pasal tak ada dalam sejarah lagi orang nak belasah Menteri Besar. Lepas tu tak taulah berapa bakul sumpah seranah yang keluar dari mulut dia. Pakcik topi merah? Pun dah lama masuk Umno. Duduk situ tengok-tengok sambil makan angin. Ada orang kena pukul ke? Eh! Mana ada. Saya tak nampak apa-apa pun. Dia orang tengah minum kopi bincang-bincang je tu.

Jadi mesti orang Umno senyum lebar. Inilah generasi Melayu alaf baru. Berani menegakkan keadilan. Tak takut dekat siapa-siapa. Kalau nak belasah orang tarik masuk kopitiam lepas tu tutup kedai. Lepas tu libang ramai-ramai. Itu lambang keberanian kita. Lepas itu, mesti pandai maki seranah. Itu ciri-ciri yang mesti ada setiap generasi Umno. Baru orang takut. Kalau tidak, Karpal Singh pun asyik pelekeh kita.

Jadi orang Umno mesti bangga kan! Tapi nak tanya, dia orang ni selalu pergi masjid ke tak. Ada dengar tok guru mengajar ke tak? Ye lah, peduli apa semua tu kan. Pasal kita nak bela Melayu. Ada orang komen suruh saya terbitkan artikel semalam. Saya tak faham, bukan saya dah terbitkan ke? Tak payah cabar pun memang saya dah terbitkan. Tapi dia suruh jugak saya terbitkan.

Lepas tu bising pasal tanah. Yalah! Saya mengakulah. Sejak 50 tahun ini kerajaan dah buat macam-macam kat rakyat. Jual tanah rizab Melayu, halau setinggan Melayu. Jual pasir, jual kompeni dan macam-macam lagi lah. Bising pasal tanah, pergi lah check dekat Parlimen siapa yang sibuk dok modified akta tanah rizab Melayu? Berapa banyak dah tanah Melayu terbahagi (ops terpinjam kot) dek orang lain.

Susah kalau dah ada mata tak celik ni. Siapa yang robohkan masjid Bujal dekat Terengganu tu. Perangai siapa robohkan masjid kalau tak perangai Yahudi Zionis? Rumah Allah berani roboh, lagilah benda lain. Setakat makan rasuah, politik wang, riba tu apa lah sangat kan? Kubur masing-masing. Yang penting hidup Melayu! Ajar Matematik dan Sains pun dalam Bahasa Inggeris! Hidup Melayu konon! Poooodahh! – perakexpress

Posted on 5 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: