Permit demo anti-PPSMI dimohon


Salam Perjuangan…

Permit polis untuk perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di Istana Negara pada Sabtu ini telah dimohon petang ini, kata Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Timbalan setiausaha GMP Suhaizan Kaiat berkata, permohonan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Brickfields.

Tambahnya, permohonan dibuat di balai-balai tersebut kerana perhimpunan mereka melibatkan Masjid Negara, Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo bawah pengawasan kedua-dua IPD berkenaan.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur hari ini yang dilaporkan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu.

Datuk Mohammad Sabtu Osman berkata polis mengkelaskan program itu sebagai haram kerana penganjur tidak memohon permit untuk tujuan itu, lapor Bernama.

Tambahnya, polis tidak berkompromi dengan penganjurnya dan mereka yang melibatkan diri dalam perhimpunan itu kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.

Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 27 Akta Polis terhadap orang ramai termasuk penganjur yang mengingkari arahan.

Dihubungi Malaysiakini, Suhaizan yang juga exco penerangan Dewan Pemuda PAS berkata, walaupun permohonan dibuat hari ini, tetapi usaha untuk mendapatkan permit telah dibuat sejak Ahad lagi.

Tambahnya, seorang wakil GMP pada mulanya hadir ke Bukit Aman bagi tujuan itu tetapi disarankan berbuat demikian di IPD Dang Wangi dan kemudian diminta ke IPD Brickfields.

Wakilnya itu menyerahkan sepucuk surat rasmi yang bertandatangan timbalan pengerusi GMP Dr Shahrir Mohd Zain memaklumkan butiran perhimpunan 7 Mac ini. – TVA

Posted on 5 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: