Siapa sebenarnya yang berhak mohon bubar DUN ?


Salam Maulidur Rasul…

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada hak untuk memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, dakwa Menteri Besar Perak Kudeta, Zambry Abdul Kadir.

Menurut Zambry, Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa hanya Menteri Besar yang mempunyai hak menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN.

Sedangkan tanpa beliau menyedari dia lah yang terlebih dulu melanggar perkara 16(6) dengan mengangkat sumpah setelah melakukan kudeta sebelum Menteri Besar yang sah terlucut jawatannya.

Zambry berkata demikian dalam kenyataan satu muka surat yang difaks kepada Bernama di sini malam ini sebagai mengulas kenyataan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar, hari ini bahawa beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran DUN, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di bawah pokok di Ipoh Selasa lepas.

Mohammad Nizar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dilaporkan berkata pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini. – idhamlim

Posted on 9 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen