Pemilihan UMNO 24 Mac Batal ?


Salam Perjuangan…

Pemilihan Umno 24 Mac ini kemungkinan besar akan dibatalkan berikutan terlalu banyak kes salah laku berhubung gejala rasuah politik wang yang tidak mampu lagi ditangani oleh pucuk pimpinan Umno.

Lembaga Disiplin yang bermesyuarat hari dijangka akan mengumumkan nama beberapa calon yang bakal bertanding bagi jawatan tinggi parti yang akan digantung berikutan siasatan politik wang terhadap mereka.

Ini bermakna mereka tidak akan berpeluang bertanding sekali gus menidakkan impian mereka untuk menggapai kedudukan tinggi dalam parti.

Sumber parti menyebut keputusan membatalkan pemilihan parti juga ada kena mengena dengan pertembungan kuasa antara Presiden, Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden menanti, Najib Razak yang bakal dinobatkan sebagai kepala baru parti berusia 63 tahun itu.

Abdullah dikatakan didesak supaya tidak mengundurkan diri 24 Mac ini dan terus menerajui Umno dan kerajaan sebagai Perdana Menteri manakala timbalan beliau yang bercita-cita menjadi penggantinya disaluti oleh pelbagai dakwaan dan tuduhan rasuah termasuk kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu mungkin tergelincir sekiranya dakwaan terhadap beliau dapat dibuktikan.

Pergelutan kuasa Abdullah-Najib dilihat semakin rancak dan sengit tatkala seluruh negara berdebar-debar menanti hari-hari menjelang 24 Mac depan.

Ini termasuk pendakwaan terhadap beberapa calon yang mempunyai aspirasi jawatan tinggi parti termasuk yang terbaru calon anggota Majlis Tertinggi,Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dakwaan rasuah politik.

Malah dikatakan dua calon Timbalan Presiden, Mohd Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib bakal menerima hukum dari Lembaga Disiplin sekiranya laporan media mereka disiasat nyata benar.

Sekiranya Abdullah mampu membatalkan pemilihan Umno tahun ini dengan manipulasi halus Lembaga Disiplin bawah kawalannya, nasib Najib dalam dunia politik akan berakhir dengan penuh kekecewaan bagi anak Perdana Menteri kedua itu.

Waktu satu hari dikatakan terlalu lama dalam politik apatah lagi seminggu. Seminggu yang meresahkan ini akan menentukan jatuh bangun, hidup mati ramai pemimpin dalam Umno terutamanya yang bercita-cita tinggi tapi diselaputi oleh rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. – TVA

Posted on 17 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: